Within a week, so many has happen (Forward! Forward and march on!)

Seperti yang dirancangkan, banyak perubahan-perubahan besar yang mahu aku anjurkan serta laksanakan bersempena dengan pembukaan tahun baru 2012 ini. Ada yang sudah awal-awal lagi bergerak dengan sendirinya dan ada yang masih lagi dalam peringkat permulaan. Ada juga yang sudah diketahui umum, malah ada juga yang disimpan dan dirahsiakan rapi untuk penerapan unsur yang lebih dramatik kepada khalayak. Sememangnya aku suka pada gimik dan kejutan kepada orang ramai. Ini caranya aku menjana integriti kreatif (creative integrity)

Untuk bulan ini sahaja, aku sudah ada 7 rancangan utama:
  1. Relaunch kembali Kedai Komik Online aku yang sudah lama under rennovation. Tahun ini juga menandakan Kedai Komik Online tidak lama lagi akan berada di pasaran offline yang terbuka dan terluas
  2. Relaunch kembali projek T-shirt Harimau Malaya yang juga sudah lama under rennovation. Kali ini akan keluar dengan line-up yang serba baharu termasuk line up design untuk kanak-kanak
  3. Penstrukturan lebih kemas, lebih kondusif dan sudah semestinya lebih efektif untuk gerakan siri-siri workshop kreatif di bawah naungan Manteraworks. Aku sudah menyiapkan ruang pembelajaran yakni kelas yang lebih rasmi dan kemas penyelenggaraanya
  4. Projek dengan PTS-COE Production yang baharu dilancarkan
  5. Projek dengan Al-Hijrah untuk produksi drama TV baharu dengan hasil karya tulisan aku bersama team
  6. Projek dengan Adabi (bukan skim tuisyen Adabi yang sudah pupus itu tetapi Adabi yang selalu popular di kalangan ibu-ibu dan makcik-makcik di dapur
  7. Projek dengan Kboi(KelanaBoi Studios) untuk produksi animasi, digital komik dan produksi TV dan filem pendek online

Ini tidak termasuk projek susulan seperti siri grafik novel Manteraworks, kerjasama workshop dengan kumpulan partneship, karya novel, skrip TV dan lain-lain lagi.

Ya, memang nampak seperti ambitious. Tetapi tidaklah terlalu over ambitious.

Aku rasa if we set our goals in motion, lebih senang untuk aku roaming more chances and opportunities buat set rancangan-rancanha terbaru di masa akan datang. Ini secara otomatik juga akan membuahkan lebih banyak hasil dan of cos, financial and monetary income. Adalah dengan ini dimaklumkan secara realistiknya, aku sudah mahu jadi kaya. Aku sudah fed up, penat dan kadangkala tertekan bila acapkali hidup dengan status kewangan yang tidak memuaskan. Susah bila tiada wang dan lebih sukar lagi apabila dalam bergerak dalam dunia yang serba moden ini, semuanya mahu 'pakai' wang, mahu 'guna' duit.

Sedangkan aku still rasakan bahawa wang bukan sumber utama kemewahan, kesenangan dan kekayaan yang berkekalan.

Ulasan