'Cheng! Ip Sifu'

Sebagai seorang yang berdarah pejuang, kisah pengorbanan dan bakti Ip Man yang digambarkan dalam kedua-dua filem lakonan Donnie Yen memang meresap ke dalam darah daging dan tulang-belulang aku sampai sekarang. Hari ini aku dapat tontonnya lagi sempena malam Tahun Baru Cina. Memang kesannya masih mendalam dan sama sepertimana kali pertama aku menontonnya di wayang dahulu. Aku rasa akulah antara beberapa kerat orang Melayu yang ada dalam panggung masa itu. Terima kasih aku juga kepada Sifu Niezam yang menyedarkan aku siapa dia Ip Man. Semangat yang tak pernah aku rasa bila tonton filem seni mempertahankan diri seumpanya.

Sebagai orang timur dan juga sebagai orang yang berpegang teguh pada maruah dan martabat bangsa malah negaranya, aku faham benar maksud tersirat dan nilai-nilai falsafah cerita kisah hidup Ip Man. Tok Guru yang bertanggungjawab membimbing Bruce Lee ke puncak kemasyhuran.

Aku dapat bayangkan bagaimana kalau akulah Ip Man itu, akulah Donnie Yen itu, akulah Bruce Lee dan aku yang kesemua-semua itu. Memang rasa lain macam dia punya penangan.

Ulasan