Rajin malas rajin malas ada mood tak ada mood ada mood tak ada mood ...

Entah kenapa kadang-kadang aku rasa mahu buat terlalu banyak. Tetapi dalam masa yang sama jugak, akan wujud terlalu banyak alasan dan dolak-dalih. Malas lah, tak ada mood lah, apa lah, itu lah dan ini lah. Nak tak nak, terpaksa jugak aku pilih satu antara dua yang tersebut.

Kadang aku malas tapi rasa menyesal kemudian sebab tak rajin.

Kadang aku tak ada mood tapi rasa bodoh kemudian sebab melayan perasaan yang bukan-bukan.

Selalunya aku rasa jadi manusia biasa ni mengada-ngada sangat.

Untuk itu, aku kerap memilih jalan luarbiasa agar lebih out-standing dan ortodoks dari orang-orang lain. Tidak perlu jadi bukan manusia kerana itu akan lebih-lebihlah menyusahkan dan menjahamkan hidup kita di masa akan datang. Serius. Apa point jadi malas dan tak ada mood kalau akhirnya merugikan diri sendiri.

Ulasan

azyze berkata…
"Apa point jadi malas dan tak ada mood kalau akhirnya merugikan diri sendiri."

Tapi malas juga. Fikir, berfalsafah, menyesal, mahu berubah...tapi akhirnya masih malas. Macamana?

Eh, itu mungkin saya saja, kot :P
faizalmukhtar berkata…
[azyze]

Awak kena berubah untuk jadi anti-malas. Kalau tak berubah, kita akan jadi manusia boring.

Boring sampai bila-bila. Nak?