Kita semua masih belajar lagi sebenarnya. Tiada yang guru, tiada yang murid. Yang ada hanya 'kehidupan'

Malam tadi, salah seorang anak murid aku datang berjumpa dan mengadu beberapa perkara. Anak murid aku ni dulu kerja satu ofis dengan aku. Satu hari dia mahu mengembangkan sayap pengalamannya dan memasuki bidang penyiaran TV. Aku, seperti biasa akan menggalakkann asalkan saja peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya. Tambahan lagi, orang seperti anak murid aku ini jenis yang suka kembara dan 'bermain' di seberapa banyak padang permainan yang mungkin. Nah, sekarang dia telahpun menjadi selebriti dan portfolio dia pun makin kemas dan membina.

Cuma lazimnya, apabila kita 'bermain' di tempat baharu, kawasan dan teman sepermainan juga baharu dan berlainan juga. Anak murid aku ini menghadapi dilema dengan suasana baharu yang,

  1. terlalu cepat menekan dan menghimpitnya
  2. banyak memberikannya masalah yang tidak diundang daripada yang diundang
  3. tidak diberikan pengikhtirafan dan kredit kerja yang sewajarnya
  4. mudah bosan apabila keadaan tidak menurut seperti apa yang dirancang
  5. sudah samapai masa untuk berpindah ke taman permainan dan sandbox baharu

Aku mendengar dan cuba menghadan satu-persatu apa yang cuba disampaikan kepada aku kerana nanit apabila ditanyakan tentang pendapat ataupun nasihat, aku boleh membantu dan membimbing serta memberi panduan sebaiknya.

Seperti yang dijangka, dilema atau mungkin juga masalah yang dihadapi oleh anak murid aku ini adalah kurang lebih masalah yang aku hadapi juga suatu masa dahulu semasa aku mencari-cari arah tuju dalam kerjaya dan kehidupa profesional. Dan kini tibalah masanya aku menurunkan ilmu dan pengalaman aku yang tidak seberapa itu kepadanya.

Bukan senang sebenarnya nak tarbiah Ustaz ni. Tapi pengalaman manusia ni sebenarnya berlainan dan berbeza, maka eloklah dikongsi dan dimanfaatkan kepada yang lain. Yang jernih kita ambil, yang keruh kita buang.

Dengan harapan mendapat buah fikiran segar dan berkat istikharah daripada Yang Maha Esa.

Fuh! Dahsyat. Dah macam aku pulak yang jadi Ustaz ni nampaknya

Ulasan