Hikayat Dewa Abadi

Hari ini aku berkesempatan untuk menonton sebuah filem yang sudah lama tertangguh. Sebuah filem yang diarahkan oleh seorang pengarah yang aku kagumi, punya elemen mitos dan legendaris, berbajet besar, ada sinematografi yang cukup cantik (maklum sajalah, pengarah dan sebahagian krewnya mempunyai latar belakang dalam bidang advertising), ada skor muzik yang padat, berfalsafah tersendiri dan lain-lain lagi.

Pendek kata, ini jenis filem yang aku suka tengok.

Dan bila selalu terjadi keadaan yang sebegini, aku akan duduk sebentar dan berfikir seberapa jenak: “Alangkah bagusnya kalau begitu dan begini. Ada unsur itu dan ini”. Well, apa yang aku maksudkan sebenarnya adalah sekiranya filem yang aku tonton itu dibuat oleh aku, pasti aku akan terapkan pengisian yang lebih dekat dengan hati aku. Seperti imej-imejan kenusantaraan, moral dan integriti timur, ke-Melayu-an dan ke-Malaysian-aan serta apa-apa yang patut mengikut halwa mata dan perasaan pengkarya aku.

Hollywood ada banyak advantage itu. Advantage untuk manipulate dan disseminate semua orang yang menonton hasil-hasil dan produk-produk keluarannya agar memberikan pujian dan kritikan bilamana mereka perlu. Ini tidak bermakna kita semua yang duduk dan bermaustautin di dunia sebelah sini tidak ada advantage dan kelebihan. Kita punya keupayaan untuk berimaginasi dan berkreatif dalam menghasilkan karya-karya bagus malah luarbiasa jauh lebih memuncak berbanding mereka. Kalau diamat-amati, mereka sebenarnya sudah hasil kehabisan idea. Banyak karya mereka lately diambil dari dunia yang buka dunia mereka. Ini jelas dan terbukti.

Bayangkanlah, dunia 'Immortals' yang dihiasi dengan wajah-wajah dewa hikayat seperti Malim Deman, Inderaputera, Merong Mahawangsa dan Pandawa Lima.

Pasti mengujakan. Sangat, sangat mengujakan.


p/s: Oh. Harap-harap orang kita dah pandai menilai filem sebelum aku bikin karya semacam ini. Nanti kecoh pulak kat FB. Kata aku ni khurafatlah, tahyullah, sesatlah, syiriklah. Macamlah aku ini 'sekularis barat' sangat yang takde pegangan agama

Ulasan