Menjadi Cikgu kepada CIkgu

Hari ini aku luangkan masa untuk menolong Cikgu Iznan. Cikgu Iznan atau nama panggilan Nan buat aku memerlukan pertolongan aku. Esok sekolahnya di Sekolah Kebangsaan Pandan Indan akan mengadakan Konsert Penyampaian Hadiah. Selaku rakan sekursus dalam bidang mascomm yang punya skill dan selok-belok pentaan pentas dan produksi sebuah persembahan seperti ini, Nan nampaknya sangat bersungguh-sungguh. Nan seperti mana aku pernah (dan aku rasa masih lagi) punya ambition untuk maju dalam bidang yang sangat diminatinya. Passion dan spirit kami lebih kurang sama iaitu in the show business. Kerana bagi kami, showbusiness juga adalah salah satu dari cabang seni perngkaryaan.

Sejurus selepas tamat pengajian di universiti, Nan banyak juga terlibat dalam dunia penyiaran. Dia pernah berlakon, mengarah, mencipta lagu dan mengendalikan produksi itu dan ini. Tetapi orang yang semacam Nan punya 'tempoh bukti'. Kiranya habis dan tamat tempoh bukti itu, dia tidak dapat tidak terpaksa masuk balik ke dalam sistem. Aku menggelarkan sistem ini sebagai Matrix. Ya, sebijik macam falsafah dalam filem itu. Nan apabila sudah hampir beberapa tahun melalui dunia ambitious-nya yang tersendiri telah menemui jalan-jalan buntu. Akhirnya, Nan mengambil keputusan untuk mengikut jejak langkah ayahnya dan menjadi seorang cikgu.

Mula-mula, Nan menghabiskan beberapa waktu di maktab guru di Terengganu.

Kemudian, Nan dihantar ke Sabah selama beberapa tahun.

Dan akhirnya kini, Nan kembali ke KL.

Nan bukan berasal dari Sabah atau KL atau Terengganu. Nan asal Kelantan. Dan seperti mana kawan-kawan yang asal Kelantan yang lain, Nan memang kuat merantau.

Kini aku faham kenapa dia lakukan semua itu dan abandon hampir semua cita-citanya yang pernah dia ceritakan dan kongsikan bersama. Nan lakukan semua itu untuk menjaga hati dan membalas budi orang-orang yang disayanginya. Dia mahu senangkan hati orang tuanya. Dia mahu bertanggungjawab sebagai seorang suami kepada isteri (yang juga seorang kawan yang tidak lari dari dunia penyiaran tetapi sejak kebelakangan ini kerap merungut juga atas sebab-sebab biasa di sebuah tempat kerja jawat awam) dan anaknya yang masih kecil itu. Walaupun Nan sudah memenuhi kehendak dan kemahuannya menyenangkan dan menggembirakan orang-orang yang disayanginya itu, pengorbanan yang dilakukan oleh Nan adalah salah-satu daripada banyak lagi pengorbanan yang telah dilakukan oleh kawan-kawan lain. Selain cikgu, ada yang kerja bank, agen amanah saham, pegawai syarikat dan kerja-kerja yang tiada kena-mengena langsung dengan minat dan kenikmatan berkerjaya yang sepatutnya mereka boleh kecapi. Faham benar yang sebenarnya ada garisan lurus antara PENGORBANAN dan PERJUANGAN dalam hidup.

Sedang aku sibuk meniup belon dan menyusun-nyusun perkakasan itu dan ini di atas dan di bawah pentas, aku mengambil kesempatan memerhatikan keadaan sekeliling tempat Nan mengajar. Aku tidak tahu sama ada inikah yang benar-benar Nan mahukan atau dia terpaksa rela melakukan semua ini atas dasar tangggungjawab dan amanah yang perlu dipikulnya. Jiwa karya Nan yang menjemput aku ke mari dan menolongnya jelas tergambar yang mahukan relieve order. Aku tahu dia mahu berada dalam tempat lain dan lakukan perkara-perkara yang disukainya dan membangkitnya nyalarasanya. Aku tahu dia sukakan audience dan crowd. Dia dambakan appreciation dan dia appreciative juga orangnya.

Nan adalah seorang karyawan dan seniman seperti aku dan beberapa kawan-kawan yang lain.

Namun, Nan dan kawan-kawan terpaksa jalan yang dipilih atas dasar PENGORBANAN. Walaupun aku kerap dan selalu mendengar aduan dan ngomelan yang sama tapi dia bersyukur kerana ada lagi peluang dan ruang untuk dia menggerakkan minta-minatnya dan PERJUANGAN sebenarnya apabila di berikan kesempatan seperti hari ini. Sedang hampir selesai menyiapkan hiasan pentas, Nan masih lagi juga tidak puas hati. Mengenali Nan, aku tahu dia ini ada perwatakan seorang perfectionist dan sense of completist. Katanya confetti untuk gimik hari penyampaian hadiah esok tidak cukup power. Katanya dia nak ke Jusco dan cari lagi yang baru. Katanya itu dan katanya ini. Katanya ada yang tak kena dan ada yang tak cukup.

Aku hanya melayan dan membalas kata-katanya mana yang perlu. Nan masih belum fulfill. Aku harap one day dia dapat buat comeback dan habiskan apa yang mula-mula dia set up to do so a few year back before dia kahwin dengan Nazi. Aku tahu bahawa peluang itu masih ada buat Nan kerana aku believe pada talent yang ada padanya. Nan bukan sekadar boleh menjadi cikgu di sekolah biasa dengan sistem pendidikan yang sudah 10-20 tahun ketinggalan ke belakang. Aset yang ada pada kawan baik aku seperti Nan besar dan prospektif. Dan aku bukan sekadar bercakap ini kerana aku sangat akrab dengan Nan atau kerana aku sudah kenal lama atau sebab dia upah aku RM50 untuk siapkan pentas atau apa-apa lagi. Aku cakap ini kerana aku tahu.

Adalah menjadi suatu kerugian yang amat, AMAT BESAR sekiranya Nan dan ramai lagi kawan-kawan aku yang lain just plugged themselves back to the matrix dan follow the leader with their set of rigid rules and regulations. Aku tahu kau, kau, kau dan kau adalah kreatif. Ada idea-idea dan ilham-ilham unik serta tersendiri dalam jati diri dan jiwa seni kau orang. Aku tahu yang kau orang boring dan lemau dengan benda skema lagi spastik tiap-tiap hari dengan jadual lurus dan panjang belaka. Aku dah beritahu dan aku harap kau orang sedar suatu hari kelak bahawasanya masih belum terlewat untuk unplugged dan buat apa yang kau orang suka, apa yang kau orang nak dan apa yang kau orang mahu PERJUANGKAN demi masa hadapan orang-orang yang kau orang sayang supaya lebih ikhlas dan muktamad. Supaya tidak menyesal kemudian hari, agar tidak mengeluh lagi dan lagi dan lagi sampai tua. Kita ada sama-sama dan kita buat sama-sama asalkan niat dan pegangan kita kuat dan padu.

Kita ini orang seni.

Kita ini orang karya.

Kita ini fighter and fighter fight for what is right and might.

All we have to do now is come to our senses and get back in our own place and space.

Kepada sesiapa sahaja yang sedang membaca antri hari ini, doakanlah dan percayalah kepada semua usaha dan ikhtiar kecil yang akan menjadi besar aku ini agar esok apabila aku sudah kaya dan raya, aku dapat tolong dan selamatkan kau orang pula. Ingatlah yang rezeki dan hak kita itu ada dan hanya tinggal kita sahaja untuk claim rezeki dan hak kita itu. Mungkin kita tidak nampak akan semua hal-hal dan perkara-perkara itu sekarang. Akan tetapi apabila kita menyeru segala semangat dan kesungguhan serta seluruh ultizam yang ada, biar duit dan harta kita sebanyak mana sekalipun, biar kita ada rumah, kereta, tablet, smartphone, makan luar, cuti oversea atau apa material apa sekalipun, kepuasan yang kita peroleh dan rasa itu akan rasa terlalu sementara dan akan wujud bermacam-macam lagi yang tidak puas dan kurang senang.

Setiap daripada kita diciptakan dengan superpower tersendiri. Sama ada superpower itu ada dalam bentuk bakat, kemahiran atau skill, kepandaian atau kebijakan, kesungguhan atau keyakinan dan kesihatan dan ketenagaan. Seboleh-bolehnya, kita jangan kufur nikmat itu. Kita hidup dan kita berkawan hanya sekali

Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Genggan bara api, biar sampai jadi arang.

Ulasan

azyze berkata…
banyak dari kita yang sudah tersasar jauh dari dunia janjian kita di uni dulu. kamu untung kerana kental melawan arus biarpun kadang kala tenggelam ditarik gelombang.

kem salam nazi next time jumpa dia :)
faizalmukhtar berkata…
[azyze]

I will. And I will strive more. Thank you again and again