Ada apa dengan esok?

Semalam, aku panik. Aku ingat laptop aku crash. Banyak kerja, banyak data dan banyak juga benda-benda penting bagi aku yang aku sangakan hilang. Barangkali, inilah dia yang sering dikatakan 'kiamat kecil'.

Rupa-rupanya (entah kenapa pula), hari ini semuanya ada balik.

Movie aku, file aku, gambar aku, idea aku dan rahsia-rahsia aku muncul semula.

Alhamdulillah. Bernafaslah aku semula dengan tenang. Sebagai seorang yang tak berapa techy dan tidaklah pandai pula dalam selok belok IT dan gadget multimedia moden ini, aku tidak tahu what went wrong. Yang aku tahu bila semua sudah OK semula, aku kena ambil extra caution dan extreme precaution. Bila sudah terhantuk, baru nak mengadah. Ye tak?

Esok bertarikh 11.11.11, hari Jumaat pula tu.

Nombor ini cantik, jadi aku rasa ramai orang ada plan serta rancangan masing-masing untuk utilisasikan malah mencantikkan lagi hari yang punya tarikh cantik ini. Aku sendiri punya plan dan rancangan tersendiri.

Aku mahu bentangkan, rancangkan, fikirkan, kemudi dan terus lunaskan azam aku untuk tahun 2012 bermula pada tarikh tersebut.

Reason? Well, aku rasa adalah amat baik sekiranya dapat a head start. Aku memang suka pilih tarikh-tarikh yang menarik untuk gerakkan perkara-perkara yang penting agar mudah dan senang diingat. Sebagai contoh: tarikh blog ini mula online, tarikh aku mula masuk kerja masa 1st job dan latest job aku (kebetulan pula keduanya pada tarikh yang sama), tarikh berhenti dan membuang kerja, tarikh anniversary, tarikh mula dan habis kerja, tarikh mendedahkan sesuatu yang istimewa dan banyak lagi tarikh yang aku masih ingat sampailah sekarang. Salah satu reason lagi mungkin jugak sebab aku ini pelupa (kadang-kadang).

Terdapat satu list panjang dan penting dalam kepala aku sekarang ini untuk aku laksanakan tahun hadapan. Yes, itu sebabnya aku perlu mula awal. Actually, aku sudah mula meladeninya sejak 1 Oktober yang lalu. Quarter terakhir untuk 2011 – Oktober, November, Disember. Jadi apabila dipilih sebelas haribulan sebelas tahun ke sebelas untuk milineum ini, aku terus jad terangsang dan berangsang untuk merancangkannya seadanya.

Azam bagi aku adalah perkara taktikal. Teknikal pada beberapa sudut tapi majoritinya adalah taktikal. Bagaimana cara hendak aku gerakkannya hingga jaya, dari mana aku hendak mula dari sini ke sana, siapa yang boleh aku harapkan dan pinta bantuan untuk memenuhinya, bila masa yang sesuai dan kenapa dipilih waktu itu, apa terjadi sekiranya ia berjaya/gagal dan macam-macam lagi. Setiap tahun aku akan mengurusi azam aku dengan seperinci mungkin. Jika dilihat azam aku tahun lepas (2010), hampir 99% sudah sukses. Kecuali part yang mana aku ditendang ke jabatan marketing syarikat tersebut. Sumpah, mati hidup semula pun aku tak percaya aku kena kerja marketing for what have been one of the most daring and shocking moves that had been put onto my professional life. But technically, I don't blame them because I do think that I had mislead them into seeing my 'bigger picture' scenario.

Anyhow, back to the subject.

Esok, aku akan enlist azam aku satu-persatu. Aku mahu ianya jelas-sejelasnya supaya ia lebih practical for execution. For the time being, mari kita semak apa yang 'ada'.

Ulasan