'Nanti datang la lepak bila free. Kita boleh cerita panjang'

( *Bermula dengan entri hari ini dan entri-entri yang berikutnya, aku akan menulis dengan format baru. Ini bermakna pengisian blog aku kali ini adalan berkonsepkan jurnal + travelogue harian. Maka, ada satu lagi blog yang disediakan khas untuk penulisan yang lebih peribadi dan personal. Tujuan adalah supaya semuanya lebih fokus dan lebih terarah kepada perincian-perincian kepada penumpuan matlamat. Ini semua adalah resolusi lazim dalam pembaharuan fasa kehidupan manusia dari satu pengalaman menuju ke pengalaman berikutnya. Terima kasih )

HIGHLIGHT HARI INI:

  • Berjumpa dan berdiskusi dengan Azhar Abdullah, Presiden PeKOMIK untuk projek siri grafik novel Manteraworks
  • Berjumpa dan berdiskusi dengan Mushadie Mustaffa, mantan Naib Presiden PeKOMIK
  • Berjumpa dan berdiskusi dengan Adi Nazri, designer Manteraworkds dan Shahida Bahari
  • Tugasan translation animasi untuk Shamsull Hashim
  • Set-up temujanji Khamis ini (6 Oktober), dengan Firdaus Ariff dan Naim Jaafar untuk projek sinergi bersama Manteraworks
  • Prep untuk launching projek siri grafik novel online Manterworks, 'Monyet Angkasa' bersama Bophairy Baharom

Seperti yang aku sasarkan, masa untuk kembali pro-aktif dan agresif dalam membangunkan kembali karier aku bermula Oktober ini. Beberapa breakthrough berjaya dilaksanakan hari ini bermula dengan pertemuan dengan Presiden PeKOMIK. Akan ada projek terbaru bersamanya yang bakal muncul November ini. Semua masih dalam proses pra-produksi. Kemudian, dengan ketibaan rezeki yang muncul dengan, Sham offer aku buat translation untuk skrip animasinya. Walaupun hanya dengan upah RM30, aku buat juga kerana aku 'terdesak' dan 'memerlukan'. Sejurus selesai kerja itu, aku langsung ke Darussalam SS15 dan lepak dengan designer dan antara orang kanan aku paling taat setia, Adi Nazri plus Shahida. Kebetulan masa lepak ternampak Prem@Mushadie. Terus ajak lepak sama dan borak panjang pasal komik, animasi, IPCC dan beberapa perkara berbangkit lain.

Dalam pada semua itu, aku dan Bop buat pertama kalinya bergabung karya dan idea untuk launching siri grafik novel 'Monyet Angkasa', sebuah hasil terbaru yang boleh lah dianggap sebagai langkah awal aku untuk bikin comeback semula setelah sekian lama tidak ada penulisan tetap dan konsisten. Ia adalah komik aku daripada dua lagi komik baru yang bakal muncul pada bulan November dan Disember. Ini termasuk juga pertemuan susulan aku denan Firdaus Ariff dan Naim Jaafar pada hari Khamis nanti.

Aku mahu early start-up untuk 2012.


p/s: Semalam Shahida, partner-in-crime Adi kata aku dah nampak kurus. Aku masih tidak pasti sama ada itu relevan atau sengaja berseloroh.

Ulasan

Rina Idayu berkata…
Kurus? Pandai Shahida bergurau. Kirim salam pada beliau =)
faizalmukhtar berkata…
[yin]

Shahida tak pandai bergurau, percayalah cakap aku! Tak caya kau boleh tanya dia sendiri. Dia makna gurau pun dia taktau.
azyze berkata…
Ala. saya suka campuran isi dalam blog ini, sekarang kamu sudah mahu belah dua huhu

Perhaps tags would be a better option? But that's just a suggestion from a person who is very inconsistent and not driven enough to pull off 2 blogs at the same time, hehe.


btw, sinar dah mula menerjah tembus awan gelap kamu, hmm? Good luck dengan transisi dan projek-projek baru itu semua! :)
faizalmukhtar berkata…
[azyze]

This one is for the greater good. Things have gone far too personal for me to just keep one blog. And professionally, a measuring have to made. You now where to find my 'other'.

Thank you anyways for supporting. Keep on rockin', aite! :)