Vice and virtues

Aku sempat menghadiri satu majlis penyampaian hadiah untuk satu pertandingan beradu bakat petang tadi. Ramai juga yang datang kerana kebetulan majlis itu dilangsungkan sekali dengan sambutan rumah terbuka badan induk yang menganjurkan pertandingan tahunan tersebut. Maka berbondong-bondonglah juga yang muncul entah dari mana memeriahkan suasana, sama ada mereka-mereka ini ada kena mengena dengan majlis ataupun tidak, wallahu'alam. Entah-entah aku pun tiada kaitan barangkali sebab target utama aku ke sini lebih jauh daripada fahaman orang lain. Aku mahu lebih daripada sekadar datang makan satay free refill banyak, makan lemang berulang-ulang, top up char kue tiaw dan minum sirap sampai kembung.

Aku mahu dalami keberlangsungan watak dan perwatakan manusiawi-manusiawi. Kenal atau tidak kenal, itu belakang cerita.

Ternyata 'menarik' intipatinya.

Seorang-seorang aku 'tarik'.

'Ditarik' dengan 'penarikan-penarikan' tersendiri.

Dan diagnosisnya sungguh mengesani kepada yang lebih terbuka menerima apa yang lebih besar dari apa yang sepatutnya diperolehi dan dilepasi.


Kau lihat aku, aku pula lihat engkau. Apa samakah kita?

. . .

Ulasan