Silih ganti, masa untuk kembali.

Aku mengharapkan seminggu-dua ini membawa tuah dan sedikit nasib pada diri. Ini kerana sudah terlalu lama aku merehatkan diri, menunggu yang tidak pasti datang bergolek dan mencari apa yang selama ini perlu lebih dari sekadar usaha serta kerja keras. Masa juga bukanlah sangat akrab dengan aku juga sekarang ini.

Orang sudah berlari sangat laju nun jauh ke depan. Dulu aku bersama-sama dan seiringan dengan mereka tetapi lately, aku terasa cukup ketinggalan biarpun ada yang berkata aku masih lagi selamat. No such thing, bentak subconscious aku. 'Selamat' hanyalah frasa untuk menyedapkan hati saja. Yang terkena nanti kita sendiri, bukannya orang lain.

Memang sudah kelihatan bibit-bibit rezeki dan peluang yang datang. Cuma kali ini, aku tidak boleh macam dulu lagi. Taking things for granted sudah aku buang jauh-jauh dalam kamus benak dan akal. Kali ini waktunya sudah tiba untuk aku kembali ke landasan yang sepatutnya sebelum aku tersasar dan terpesong lebih jauh dan jauh dan jauh lagi. Memanglah hidup ibarat roda dan kadangkala roller-coaster bak kata Sifu. Kadangkala juga hidup di bawah terlalu lama sangat pun tidak sedap manapun.

Mahu naik balik supaya pandangan lebih jauh dan tajam. Lebih tepat ke sasaran.

Ulasan

Cikgu Ayu berkata…
the imp0rtant is...dnt be give up!!we're always the BEST!!!NICE*
faizalmukhtar berkata…
[ayu]

terima kasih, cikgu!