Laju selaju zaman.

Mata aku masih belum lepa dan masih tidak mahu renggang daripada menghadap laptop sejak dari tadi. Zaman internet ini memang terlalu mudah sangat ketagihan pada update dan informasi yang laju sangat perjalanannya. Tidak online sejam, maka terlepaslah itu dan ini. Tidak buka komputer seharian, maka terus dilabel ketinggalan zaman. Begitulah adanya, begitulah kiranya.

Jadi, aku memaksa diri aku supaya mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh aku capai supaya ia sejajaran dengan perkembangan semasa. Tambahan pula sebagai seorang yang bergelar penulis; platform seperti Facebook, YouTube dan Blog adalah vital malah perlu aku manfaatkan dengan sebaiknya. Perubahan yang aku rasa rasional.

Ada yang tidak faham menganggap semua perkara yang di atas hanyalah membuang masa dan tiada faedahnya.

Tapi aku yang senantiasa bersifat visionari ini hanya tersenyum di dalam hati sambil berkata,


" Kita jumpa esok "

Ulasan