Inilah Persembahan Cari Chance (IPCC)


Seawal pagi tadi aku telah bersiap-siap ke stesyen komuter terus ke KL Sentral untuk transit LRT langsung ke Sri Rampai. Di sana, Bop menjemput aku untuk sama-sama hadir ke IPCC tahun ini. Aku tidak pernah langsung datang ke IPCC yang terdahulunya setelah banyak tahun dilangsungkan walaupun mendapat saranan dan desakan kawan-kawan supaya turut serta. Tapi disebabkan Bop, aku punya alasan tersendiri untuk turun tahun ini dan membantu Bop sehingga berjaya mendapatkan geran berharga untuk menggerakkan projeknya itu.

Bop, yang isterinya sudah melepasi due date anak kedua mereka akan bakal menimang cahaya mata pada bila-bila masa sahaja daripada sekarang. Bop, yang banyak bantu dan tolong aku bikin itu dan bikin ini. Bop, yang banyak bagi aku pointer dan sokongan moral dan motivasi. Bop yang loyal. Bop yang tahu menghargai erti persahabatan dan tidak sekalipun menjauhkan diri dan sering sahaja bertanya perkhabaran aku tidak kira masa susah atau payah. Bop yang rajin bertanya dan Bop yang rajin mengkritik, yang jujur menegur yang bijak menasihat.

Orang macam Bop dalam hidup aku tidak ramai sekarang. Dulu mungkin sebab aku senang. Ramai orang mahu ambil tahu. Tempoh perkenalan aku dengan Bop walaupun tidak lama tapi dia menghormati aku seadanya. Terima kasih, Bop. Hanya ini saja yang dapat aku tolong, kalau ada rezeki tahulah aku nanti macam mana mahu membalasnya.

Di Cyberjaya, di mana tempat pitching itu berlangsung, ada ternampak beberapa muka yang familiar. Muka yang sama-sama pernah berjuang dengan aku. Yang mahu buktikan yang gelanggang kreatif di negara ini wajar diberi tempat yang lebih setimpal. Bertanya-tanya khabar mereka dan bertanya-tanya khabar aku. Beraya juga sekali. Ringkas tapi cukup untuk menyambung silaturrahim. Giliran Bop untuk membuat pembentangan bukan hari ini tetapi kami datang juga untuk memberi sokongan pada kawan-kawan lain dan untuk tengok-tengok kebarangkalian dan peluang kami esok. Ternyata ada yang bagus, ada yang tidak, ada yang masih mencari-cari, ada yang tidak bersedia dan macam-macam lagi. Tipikal buat event sepertinya.

Tapi aku semakin sedar bahawa semakin ada yang tidak kena untuk acara IPCC ini

Ya, memang benar aku tidak pernah menghadirinya apatah lagi menjadi calon untuk mendapatkan dana dan geran itu. Cuma aku rasa, 'kelonggaran' yang diberikan jelas menunjukkan ke'bias'an atau berat sebelah bagi segelintir pihak. Atau dalam erti kata lain juga, tidak profesional. Berlaku 'conflict of interest'. Terdapat perkara yang tidak telus. Dalam puluhan calon akhir untuk memenangi geran RM20,000 tersebut, hampir separuh daripada mereka yang terlibat ada pertalian terus dengan juri/pengadil pitching. Ketidakseimbangan yang tidak ketara ini, jika dilihat secara materinya agak melucukan aku. Malah, sekali lagi membuatkan aku lega kerana tahu portfolio sebegini bukan yang aku cari. Tapi soal wang dalam dunia moden yang serba-serbi ini, apa kita peduli ya? Janji caranya betul dan dibenarkan oleh syarat pertandingan dan mengikut lunas undang-undang pertandingan(kalau ini boleh dikatakan pertandingan)


If it's up to me, aku bagi aje duit tu. Tak payah pitching-pitching because it's getting 'itching'.

Aku harap Bop dapat kerana aku mahu dan tahu dia akan dapat atas sebab rezeki anak-anak. Aku sokong juga Azhar, Kromoson, Tembakau, Zamzani dan Reja menang juga. Itu untuk hari ini. Esok belum tahu tapi semoga dipermudahkanlah segalanya.

Bagi aku, aku just mahu berada dalam keberlangsungan khalayak seperti ini. Betapa warna-warna sisi keperibadian manusia itu jelas tergambar kesungguhan apabila mahu mengejar sesuatu dan diikhtiraf khalayak dengan cara ini. Bahawa wang dan materi itu bisa membolehkan apa saja.

Ini pengalaman 'baru-baru lama' bagi aku. Aku perlukannya. Aku tak faham secara direct tapi aku faham secara indirect. Untung jadi Melayu(Jawa). Cakap depan lain, cakap belakang pun lain.

Hehe.

FOTO (tanpa) EHSAN: Pergh.com

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Err masih ramai rakan saudara yg serupa dgn Bop itu, barangkali saudara sudah melupakan mereka lantaran suasana tempat kerja yang baru. Tentang pertalian dgn judge ippc itu saya setuju dengan saudara.
faizalmukhtar berkata…
[anonymous]

Amende tempat keje baru?! PUIH! Menganggur lagi ada la!
azhar berkata…
persada komik malaysia adalah kecil..
memang pusing-pusing akan jumpa orang rakan seperjuangan yang kita kenali..

persada komik kini agak tenat..ruangnya tidak sebesar mana..

inilah peluang yang ada untuk di beri dana untuk menghasilkan komik yang dimana dijurus hakcipta hakmiliknya milik anda sang pengkarya.

jangan selalu berfikiran negatif.
pikir kekurangan dan ketidakelokkan kemasalahan keburukan...itulah yang akan sentiasa bermain di minda..

pikir yang berfaedah yang positif..

bak kata orang Belgium..

"... think of the bright sight.."

bila agaknya kita buleh lepak mengeteh lagi...
faizalmukhtar berkata…
[azhar]

Siol! Tak sangka lu masih follow blog gua. Nanti Jumaat ni masa open haus kat sana kita rumble!

Rumble in the jungle!
azhar berkata…
i folloooowwwwwwwwwww!!!!

saya mengambil berat dan ambil tahu perkembangan rakan rakan..
gayour berkata…
patut dibuka peluang pada hadirin untuk bertanya... setuju?

soalan pertama gua pada lu,
"apa dah jadi pada mantera works?"
faizalmukhtar berkata…
[azhar]

Thank you, Mr.President.

Keep on following! (Jangan stalking, sudah. Hahah!!)
faizalmukhtar berkata…
[gayour]

Itu antara ajaran lu yang gua semat di sanubari gua hingga kini. Itu jualah yang banyak gua persoalkan dan dipersoalkan.

MANTERAWORKS masih mekar, cuma kembangnya saja ditunggu. Bukankah bunga yang cantik dan wangi selalunya begitu? :)
Tanpa Nama berkata…
Cuma nak bersetuju dengan Anonymous yang di atas sekali tu.

Ya, ramai lagi rakan saudara yang serupa seperti Bop. Cuma mungkin atas sebab-sebab tertentu mereka tidak dapat meluangkan masa sebagaimana Bop.

Saya tak berapa faham apa yang berlangsung di IPCC tu, namun selamat maju jaya buat semua.
faizalmukhtar berkata…
[anonymous]

Ini anonymous sama ni. I tau youuu... :)
Tanpa Nama berkata…
Bukan. Bukan ah!