Here's the plan that was not planned (well, at least I have a plan)

Masuk minggu depan atau lebih tepatnya masuk Sabtu ini, sudah masuk putaran suku keempat yakni suku terakhir. Itu cara aku menggerakkan azam-azam dan perancangan-perancangan aku saban tahun. Aku tidak tunggu tiap hari tahun baru tapi aku mengubahnya setiap suku. Untuk suku pertama (Januari-Mac, 2011), aku dipaksa mencuba posisi dalam kerja bergaji dan bermajikan aku. Itu adalah suku pertama yang paling bosan dan sedikit palat dalam hidup aku. Aku kerja dalam keadaan terpaksa dan dalam banyak masa, aku tidak tahu apa yang aku kerjakan sebenarnya. Ini bermakna aku makan gaji buta kerana a)aku buat kerja terpaksa dan dipaksa, b)aku dibayar untuk kerja yang aku tidak tahu apa yang aku buat dan c)aku nak berhenti apabila dipaksa tukar posisi baru dalam skop kerja aku tapi dihalang kerana dipaksa kerja juga. Maka, bermula pada suku kedua tahun ini(April-Jun, 2011) aku berhenti kerja tanpa sebarang notis dan sebarang kata pada majikan aku yang terdahulu. Pendek kata, aku bail-out.

Pada tiga bulan berikutnya itu, darah memang panas-sepanasnya. Aku tidak fikir apa-apa soal hutang kereta, hutang laptop, hutang bank atau apa-apa hutang yang sepatutnya dibayar dengan gaji aku. Aku hanya go-with-the-flow. Bermula dari situlah downfall aku untuk 2011. First, aku berkecamuk dengan konflik yang ditekan-tekan oleh hubungan cinta tiga segi ciptaan aku sendiri. Kemudian, aku punya kereta ditarik. Lepas tu, kerja yang sepatutnya aku target tak siap dan tak selesai. So to speak, the first half of this year was a disaster. Aku masuk ke suku ketiga (Julai-September, 2011) dengan perasaan mati akal dan kecaman-kecaman yang sangat mendalam pada diri sendiri.

Puasa dan raya yang selalunya syahdu-syahdan bertambah-tambah syahdu-syahdan.

Keluarga aku dah mula kesan skim 'tipu sunat' aku yang semakin gagal.

Kawan-kawan makin lama makin 'jarang'.

Sekarang yang tinggal hanyalah suku terakhir 2011 bermula Oktober hinggalah Disember hujung tahun ini. Less than a 100 days or so.

Aku ada plan. Aku ada rancangan. Aku ada susun-susun apa yang patut. Macam aku cakap semalam, 'Desperate times call for desperate measures'. Malah, aku sudah lebih dari terdesak dan tersesak sekarang. Sudahlah banyak menyusahkan orang. Menghampakan harapan-harapan dan doa-doa orang pada aku. Buat-buat lupa pula pada janji-janji asal pada mereka dan mereka.

Kalau satu, dua, tiga bulan yang mendatang ini tidak menjadi jugak...

Memang lah tahun ni tak ubah macam tahun 2004 (ataupun lebih teruk!)

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
First, aku berkecamuk dengan konflik yang ditekan-tekan oleh hubungan cinta tiga segi ciptaan aku sendiri.


=)
faizalmukhtar berkata…
(anonymous)

Don't start. Just please don't start.
azyze berkata…
hmmmmmmm