Aku tak suka bohong. Tapi aku 'terpaksa' tipu.

Apabila kita berbohong, sudah tentulah ia menjadi kesalahan dan dosa. Sudah tentulah ia sesuatu yang tidak baik dan mendatangkan apa-apa faedah. Tapi menurut agama, kadang-kadang berbohong mendatangkan maslahah (pandangan berbeza-beza).

Di kala itu berbohong diharuskan.

Begitu juga berbohong boleh menjadi wajib seperti jika seseorang bercakap benar akan mendatangkan bahaya kepada nyawa orang yang tidak berdosa akibat perbuatan orang yang zalim yang mahu membunuhnya. Berbohong juga menjadi harus untuk menghalang dari tercetusnya peperangan atau untuk mendamaikan dua orang yang bersengketa atau untuk melunakkan hati orang yang teraniaya atau untuk mengeratkan hubungan antara suami isteri yang bersengketa.
Dalam situasi ini diharuskan berbohong tetapi hendaklah mengikut sekadar yang perlu sahaja dan tidak melampaui batas atau berlebihan.

Ada banyak hadis yang membuktikan bolehnya berdusta kerana maslahah-maslahah yang dinyatakan di atas. Menurut kitab dan ahli kitab yang aku baca serta fahami, berdusta itu semuanya haram kecuali yang mendatangkan manfaat bagi seseorang muslim atau boleh menolak sesuatu mudarat daripadanya. Begitulah yang dijelaskan di dalamnya (Wallahu 'alam)

Lately, aku mengaku aku ada banyak berbohong dan menipu. Dan sesungguhnya, aku tak suka itu tapi aku 'terpaksa' demi kebaikan dan kesenangan orang-orang yang aku mahu jaga isi hatinya.

Ulasan