Sudah terhantuk, baru nak mengadah

Kadang-kadang apabila kita tidak dapat apa yang kita kehendakkan atau perlukan, memanglah sesuatu yang mendukacitakan. Bukan kecewa atau mengecewakan. Bukan sedih atau menyedihkan. Bukan hampa atau menghampakan. Cuma, mendukacitakan. Berduka tatkala cita itu tidak kesampaian. Mungkin dek kerana kurangnya persediaan dan bekalan, dek kerana ketidak-izinan Tuhan pada sesuatu yang kita hajati itu sampai kepada kita, dek kerana hal itu bukanlah milik kita yang sebenar-benarnya.

Aku sering mengalami keadaan 'mendukacitakan' itu dan sekarang adalah salah satu daripada ketika yang disebutkan.

Akur dan redha dengan keadaan semasa, aku sendiri tidak pasti bilakah ini akan berlarutan. Bak kata orang, 'Beringat sebelum kena'. Bila dah terkena macam inilah rasanya. Disebabkan tidak beringat-ingat walaupun sudah dingat berkali dan berulang-kali. Sudah terhantuk, baru nak mengadah. Bukan sekali juga. Malah berkali-kali jua.

Tidak ada apa-apa memang menyakitkan tetapi tidak punya siapa-siapa yang memberikan kita apa-apa lebih sengsara, siksa dan perit.

Syukurlah ada lagi yang mahu ambil tahu dan beri perhatian.

Ulasan

azyze berkata…
encik,
ini dugaan Ramadhan. Bersabar dan berusahalah.
Cahaya yang bakal datang akan lebih terang dari sebelumnya, insyaallah.
faizalmukhtar berkata…
[azyze]

Kalau masin lah lidah kau, aku belanja kau makin KFC nanti. Tak kira la time buka ke, time Raya ke. Kalau betul datang itu 'cahaya'. KFC la jawabnya ni!

SUMPAH!
Tanpa Nama berkata…
Niat suci perlu diringi dengan usaha yang suci serta penghargaan yang suci ke atas setiap ketika yang telah, sedang ataupun akan kita lalui.
azyze berkata…
okeh bebeh.
dah janji takleh retract balik pasal kalau tak nanti kome kene panah petir Ramadhan haha. KFC it is!