Cheeni Kum

Aku jarang tengok Hindustan tapi bila ada peluang yang rare seperti hari senggang seumpama hari ini, aku akan tengok. Bila dah mula tengok, terus layan. Cerita hari ini tentang seorang chef yang cuba mencari cinta seorang gadis di tengah-tengah kota London lantas menemukan lebih daripada apa yang dicari. Lakonan Amitabh Bachan dan satu-dua pelakon baru dan lama yang aku sendiri pun tidak kenal dan tidak tahu namanya. Itu perkara enteng. Yang lebih penting adalah Amitabh Bachan tetap legend dan relevan, punya kelas tersendiri. Masih ada class acting dan masih memukau. Filem ini bertambah buat aku melekat kerana bebas nyanyian dan tarian melodramatik kerana lebih fokus kepada moral, falsafah dan pengisian kisah kehidupan dengan isu cinta yang unik.

Lantas aku terfikir sejenak: Kenapa aku jarang sekali tengok cerita Hindustan biarpun aku tahu ceritanya sangat bagus, sangat best dan sangat meresapi jiwa dan batin. Malah, seorang daripada Tok Guru aku pernah berpesan. Kalau ada peluang mahu belajar dan menjadi penulis skrip yang terbaik di dunia, pergilah ke Mumbai. Di sana katanya wujud sekolah ceritera dan perhimpunan medan penglipurlara terunggul dalam dunia penceritaan. Maybe 'The World's BEST KEPT SECRET in screenwriting'. Aku tidak boleh guna alasan tidak ada masa atau tidak ada peluang kerana aku boleh pula tonton 2-3 filem selain Bollywood in any given week(s). Aku boleh pula ke wayang dan tonton filem di sana ataupun di rumah melalui laptop aku yang handy-dandy ini.

Tak mungkin aku malu bahawasanya aku gemar tengok Hindustan kerana aku tidak malu pun tengok Hindustan. Mustahil juga tidak ada filem Hindustan yang tak best sebab hampir 99% sejaran tontonan Hindustan aku semuanya masih aku ingat ceritanya dan penangannya masih kekal hingga kini (dengan 'Kabhi Khushi Kabhie Gham' kekal mempunyai pukulan ending paling maut sekali! Boleh tunjuk cerita tu malam Raya?!! Gila mau tak melalak aku dibuatnya!!)


Atau mungkin juga...


Mungkin juga aku sangat sayang untuk beremosi terlalu dalam dan dirasuki oleh hidup yang selalu sahaja terkena dengan batang hidung aku sendiri acapkali menonton Amitabh Bachan atau Shah Rukh Khan melakonkan watak dan babak life aku on-screen.

Penuh emosi, sarat sentimentalisme, melodramatik perhubungan, kejutan demi kejutan demi kejutan, naik turun nasib, ketentuan dan takdir, ujian dan dugaan, anugerah dan hikmah.


Hidup cukup ironi. Cukup, cukup, secukupnya ironi.



Ulasan