Aku rindu pada pencarian itu

Hari ini selepas hujan, terlalu banyak yang hendak diperkatakan. Terlalu banyak yang hendak diluahkan. Terlalu banyak yang hendak difikirkan dan diselesaikan agar tidak menjadi beban masalah yang kelak bakal menjadi terlalu mendadak serta menggusarkan benak akal dan isi hati.

Aku mungkin tidak dapat ceritakan semua tapi mungkin aku dapat sampaikan apa yang perlu. Aku perlu lakukan ini semua kerana bila sudah jelas nanti, aku tidak mahu mengulangi segala kesalahan dan kesilapan lampau aku yang pernah aku lakukan pada orang-orang yang mempercayai aku. Aku akur dan akui, aku tidak sempurna. Aku cuma mahu jadi completist, bukan perfectionist (kerana perfection itu tidak pernah wujud dalam kamus fitrah kejadian manusia)

Dari awal hingga kini, sensitiviti dan sentimentalisme diri aku masih tidak terjaga oleh sesiapa melainkan diri aku sendiri. Harap sebelum Ramadan tahun ini berakhir, dapatlah aku temui apa yang aku cari.

Dan sesungguhnya, aku tidak akan pernah mahu berhenti mencari dan terus mencari.

Ulasan

gayour berkata…
"Dan sesungguhnya, aku tidak akan pernah mahu berhenti mencari dan terus mencari".

apa yang lu cari - CINTA?

moga bertemu dengan cinta sebenar padaNYa wahai budak pengakap. heh!
faizalmukhtar berkata…
[gayour]

Ayat power. Ayat lu mesti nak power.