Setiap malam, aku memikirkannya

Setiap malam, aku memikirkan masalah yang sama. Setiap malam, aku memikirkan masalah yang berbeza. Setiap malam, aku memikirkan apa yang perlu aku buat dan lakukan untuk hari esok, untuk hari esok selepas esok dan esok-esok yang berikutnya. Setiap malam, aku memikirkan apa yang terbaik untuk aku dan untuk orang-orang yang aku sayang. Setiap malam, aku memikirkan bagaimana mahu jadi kaya, bagaimana mahu menjadi terkenal kerana kerja dan karya-karya aku, bagaimana mahu berusaha dan berikhtiar lebih keras dari semalam dan semalam-semalam yang sebelumnya. Setiap malam, aku memikirkan apakah idea dan cerita terbaru yang perlu dan harus aku mulakan dan akhirnya siapkan hasil daripada tulisan aku sendiri. Setiap malam, aku memikirkan apa yang ada dalam kepala M.Nasir, A.Samad Said, Mamat Khalid, Bahruddin Bekri, Zaki Zainol dan penulis-penulis lain kenalan aku (kekaguman). Setiap malam, aku memikirkan tentang girlfriend aku, ex-girlfriends aku, mentor-mentor aku, protege-protege aku, peminat dan follower aku (kalau ada), groupie aku (kalau ada, stalker aku (harap-harap tak ada),boss dan ex-boss aku, ikon dan idola aku dan orang yang pernah dan bakal aku jumpa yang akan mengubah hidup secara sengaja atau tidak sengaja, tentang dia dan tentang dia, pasal dia dan pasal dia. Setiap malam, aku memikirkan makanan dan minuman. Setiap malam, aku memikirkan hutang piutang aku pada dunia dan akhirat. Setiap malam, aku memikirkan dosa-dosa, kesalahan-kesalahan dan kesilapan-kesilapan aku. Setiap malam, aku mahu tahu apa yang orang lain tahu. Setiap malam, aku memikirkan jawapan kepada persoalan yang aku jumpa pada setiap masa dan pada setiap ketika. Setiap malam, aku memikirkan siapa yang memikirkan aku tentang apa yang aku fikirkan pada tiap-tiap malam ketika aku memikirkan perkara yang sebegini.

Sekarang, sudah lewat malam. Dan aku masih berfikir sambil memikirkan pemikiran. Tidak ada apa-apa. Lewat-lewat malam ini sudah sebati dengan mood aku. Mood yang cukup feel bila aku sedang bermuhasabah/beruzlah diri kerana mahu mencabar diri demi mencari perubahan yang besar. Aku tahu aku sengaja mencari risiko dengan kecabaran ini. Orang biasa mungkin tidak faham. Orang luarbiasa mungkin faham. Orang bijak dan pandai mungkin akan terlebih-lebih faham kerana ini adalah dinamik muli-psikologi untuk manusia seperti aku dalam usia sebegini, dalam keadaan sebegini, dalam dunia sebegini.

Aku mahu kerja yang aku suka dan aku senang buat tiap-tiap hari.

Itu bottom line aku sebenarnya bila orang tanya aku pasal kerja sekarang. It's a priceless asset that I am not giving up. It won't be finished. That's the point. The way fashion's never finished. I'm talking about the idea of it and i'm saying that it's never and will never ever be finished.

Kerja adalah satu perkara. Karier adalah satu perkara yang lain. Profesion pula adalah perkara yang ramai orang cuba capai tapi tidak semua perkara tercapai.

Aku sudah lepas semua itu.

Aku mahu yang baru.

Aku mahu malam ini seperti setiap malam yang sebelumnya dan selepasnya.

Buah fikiran.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Stalker awak ada. Saya. ;)
azyze berkata…
Selamat berpuasa, FM.

p/s: saya baca selalu tapi bukan stalker lah hahhaha.
gayour berkata…
kerjakanlah ibadah puasa dengan bersungguh2, insyAllah pasti akan diberiNya buah fikiran merentasi cakrawala bima sakti!

ah ah and underware!
faizalmukhtar berkata…
[anonymous]

Saya kenal awak. Saya kenal semua stalker saya
faizalmukhtar berkata…
[azyze]

Selamat berpuasa. Saya juga tahu awak bukanlah stalker
faizalmukhtar berkata…
[gayour]

Terima kasih kembali dan selamat berpuasa jua buat anda sekeluarga, Gayour.

p/s: by the way, Superman yang baru ni dah tak pakai underwear kat luar lagi dah. Dia dah pandai pakai kat dalam like a normal underwear should. Hehe
Kai Kasim berkata…
kita mengalami hal sama
faizalmukhtar berkata…
[kai]

Terima kasih kerana impati dan prihatin, bro