Sabar, kawan-kawan. Aku sedang usahakan.

Persoalan yang kerapkali muncul bila memikirkan nasib kawan-kawan aku yang berbakat dan berkebolehan lebih daripada biasa di luar sana adalah bagaimana caranya untuk aku 'menyelamatkan' mereka. Saban waktu, masa demi masa, waktu bersusur waktu, aku mahu mereka berada dalam landasan yang betul dan benar. Itu adalah kemahuan yang perlu, bukan sahaja untuk kepentingan bersama dalam membentuk sahsiah masa depan yang lebih menjanjikan sesuatu yang membahagiakan akhirnya malah kesepaduan untuk mencipta maruah sejati.

Ya, bukan mudah perjuangan ini. Apatah lagi berkorban dengan limitasi serta dugaan yang bukan calang-calang datangnya. Aku seboleh-boleh tidak mahu menyalahkan kondisi semasa berbanding dengan peluang yang ada di dunia seluas anteronya. Aku juga tidak mahu menuding jari pada si itu dan si ini kerana mereka tidak faham dan tahu mengerti hasrat aku ini dan juga kawan-kawan. Mereka rata-ratanya hanya mahu selamat dan untung kerana sudah nature orang berniaga sebegitu. Business adalah sebuah permainan yang sangat berhati-hati dan cerewet juga selalunya. Kerana paksi mereka adalah wang dan konstruksi harta semata-mata. Berbanding dengan seni dan karya, itu semua merupakan perkara yang datang dan pergi sahaja. Kerana bagi aku, wang itu boleh dicari. Asetnya adalah tangible. Longgar dan cair. Mudah berubah. Mudah diubah. Cepat hilang dan cepat songsang. Sedangkan seni karyacipta itu tidak ternilai peri nilainya. Kreatitivi dan kebijaksaan mengadun pelbagai elemental subjektif dari pelbagai ilham alam dan idea rawak yang datangnya secara rawak adalah unik. Mungking ada tanda harga atau label wang padanya tapi bagi aku ia tetap tidak ternilai. Terlampau tidak ternilai.

Aku sudah bersama, berkait dan berkerja searah dengan minat dan passion-passion aku yang aku pasakkan sejak dari dahulu lagi. Aku harap breaking into matter akan menjadi sebuah institusi yang berterusan demi mencapai segala cita-citaku itu bersama kawan-kawan.

Ulasan