Bulan puasa nanti pasti sentimental.

Kurang sedozen hari lagi daripada sekarang, dah nak masuk bulan puasa. Rasa macam cepat aje. Ye, memang macam ironi kata-kata itu sedangkan masa memang berjalan begitu pantas pada zaman sekarang. Rasa macam baru bangun dari katil aje tadi turun ke bawah cari rambutan dalam peti ais yang adik aku bawak dari rumah bapa mertuanya sebab lapar hanya makan mee sedap segera malam tadi. Tau-tau sekarang dah dekat Darussalam tengah test unifi yang baru dipasangkannya minggu lepas. Memang laju dan pantas masa berlalu. Sepantas unifi yang sedang aku kerjakan cukup-cukup ini.

Aku tengah memikirkan apakah rancangan-rancangan yang ingin aku laksanakan sepanjang musim berpuasa ini sampailah raya nanti. Aku dapat ramalkan yang bulan puasa tahun ini tak macam tahun lepas. Bulan puasa tahun lepas cukup enjoy. Ramai kawan-kawan yang menyusun jadual aktiviti puasa dan acara-acara berbuka puasa. Seronok dia lain macam. Tahun ni sudah tidak sama satu bumbung dengan mereka lagi. Aku mungkin kena cari pengisian baharu agar tidak sia-sia dan tidak kosong malah berlalu begitu sahaja. Aku masih ingat puasa 2008 dan puasa 2009. Sentimental sungguh puasa waktu itu dek kerana kerja-kerja gelandangan yang tidak tentu masa dan keadaan. 2010 sangat manis kerana indah-indah belaka, malah lebih indah semenjak aku berkerjaya secara tetap. Mungkin tahun lepas adalah berkat kemanisan gantian yang tertunggak dua tahun terdahulunya.

Mustakim ada offer aku kerja di kopitiamnya yang baru dibukanya pada aku berkali-kali. Katanya jangan risau. Dia akan sediakan sofa dan wifi untuk aku menulis yakni berfacebook nanti. Ada aircond, ada itu, ada ini. Segan pulak rasanya sebab kalau dah dia offer aku macam-macam kang, rasa macam melawan taukey pula. Dalam kepala aku, aku mahu lepak library sahaja dan menulis secukup-cukupnya. Kalau ada luck, mungkin wifi bagus dan ada port untuk aku landing kot-kot aku mahu merehatkan mara barang seminit-dua (sejam-dua). Ada urban legend mengatakan bahawa menulis untuk penulis dibulan puasa adalah waktu yang paling produktif dan efektif sekali. Plus, takkan la aku nak menulis dekat McD, Mapley, Darussalam, Papparich dan mana-mana tempat yang sewaktu dengannya masa bulan puasa nanti kot. Tak pasal-pasal pulak terbit buku 'Travelog Kereta Mayat' pula nanti.

Bapak aku pulak ada sediakan port aku kat kampung. Port baik punya depan kebun cilinya yang baru dibuka itu. Lapang, hijau, berangin. Layan.

Dan ada juga beberapa rancangan lain yang aku rasa belum cukup masak untuk aku rangsangkan sebagai agenda aku sepanjang Ramadhan kelak.

Kita tengok macam mana.

Rezeki sedang diatur-aturkan ni. InsyaAllah.

Ulasan

Aman Wan berkata…
gud luck sifuu dengan penulisan anda! saya mesti sokong!
faizalmukhtar berkata…
[amanwan]

Kau mesti ingat perjanjian dan perguruan kita. Biar sampai jurus mana sekalipun, biar sampai puncak mana sekalipun... niat harus dijaga bersama dengan baik.

Kau faham amanat ini?
Rina Idayu berkata…
Ya, bulan puasa tahun ini pasti 'berbeza'. Namun saya akan cuba menjalani sebaiknya.
faizalmukhtar berkata…
[yin]

Bagus. Itu yang kita mahukan sebenarnya