Yang CINTA itu KEKUATAN

Berjalan seorang diri sambil melihat kanan dan kiri,
Bila ada yang sungguh perhati dan tampak perli
Tidak aku cabut terus berlari membawa diri,
Aku berdiri dan lantas menyapa kembali,
'Lihat. Aku cuma mahu seketika sendiri. Hormati'
Jelas kata-kata ini, masih ada yang tidak mengerti,
Tidak tahu dan tidak faham isi yang menyirati inti,
Pada hati yang kian lama menanti untuk kembali,
Tunggu dan tunggu sampailah ia bersama mentari dan pelangi.

Makin jauh, makin mengasing, makin terasing,
Apakah ini tanda aku sengaja mencari saing?

Dulu aku sama, sekarang juga aku sama,
Dulu aku lain, sekarang juga aku beza,
Cuba aku pupuk agar bangkit semula,
Usaha aku semai supaya tangkas membara,
Mahu atau tidak mahu itu petanda,
Waktu dan masa menduga-mencabar daya,
Tunjukkanlah siapa dan siapa sebenar-benarnya.

Kini aku hanya mahu pandang depan dan ke hadapan.
Rupalah aku yang tahu yang jiwa itu kasmaran.
Yang hati itu bentak-bentakkan.
Yang CINTA itu...

KEKUATAN

Ulasan