Kenapa aku suka (Maha)Raja Lawak?

Sebagai seorang penulis, aku senantiasa mencari idea dan ilham baru yang berterusan daripada pelbagai aliran, sudut dan nuansa kreativti yang ada. Malah, segala genre yang pernah dan bakal aku terokai harus mempunyai initipati serta kesepaduan isi yang menarik agar dapat memenangi hati pembaca, pendengar dan penonton yang menekuni hasil-hasil tulisan yang aku bikin dan cuba bikin. Sudah pasti aku mahukan yang terbaik. Paling tidak pun, aku mengharapkan dan supaya ia menuju ke arah kepuasan dari kedua-dua belah pihak. Untuk itu, penegasan cerita menerusi genre adalah sangat mustahak, apatah lagi penting sama sekali. Aku telah cuba menulis cerita cinta dan roman, aksi dan adventure, seram dan misteri, sains fiksyen dan fantasi, kanak-kanak, hiburan dan macam-macam lagi.

Akan tetapi, yang paling melekat serta dekat di hati dan jiwa aku adalah komedi.

Bagi aku komedi adalah salah satu cabang genre fiksyen yang mencabar. Di Malaysia ini, komedi adalah sebuah general discourse yang punya variable spectrum terkuat. Dengan itu, selalunya (berdasarkan pengalaman dan pengetahuan aku) yang boleh jual hanya ada tiga genre fiksyen atau cerita sahaja. Dan aku bercakap ini juga bersandarkan bukti-bukti yang wujud pada commercial success dan dari penjuru perniagaan mencari keuntungan bagi pelabur dan produser cerita itu tadi. Justeru, berpusu dan berduyunlah orang membuat cerita yang akhirnya 'senang buat senang'. Membuatkan seseorang untuk nangis atau sedih kerana melankoli atau sentimentalnya sesebuah cerita itu mungkin sudah lazim dan ada sesetengah peringkat itu, amat klise. Membuatkan seseorang takut atau terperanjat kerana unsur-unsur terjahan dan terkaman mendadak juga kadangkala senang untuk dikuasai. Membuatkan orang syahdu dan sendu kerana romantika dan emosionalnya sebuah kisah kasih sayang itu lebih mudah kerana sudah fitrah manusia bercinta sejak dilahirkan lagi.

Namun, untuk membuat orang ketawa apatah lagi ketawa terbahak-bahak dalam kelucuan yang teramat sangat dek akibat jenaka tahap tinggi bukan sembarangan manusia azali dapat melakukannya. Penonton, pendengar, pembaca termasuk juga penganalisa dan pengkritik sangat particular serta terperinci pemerhatiannya apabila genre persembahan komedi dan lawak jenaka ini ditunjukkan. Bearing antara comedian biasa dan comedian agung akan mewujudkan jurang-jurang yang besar dan luas. Kerana crowd dan audience akan menjadi penentu tinggi atau rendahnya mutu dan kualiti showmanship kita nanti. Kerana itu jugalah, comedian-comedian handalan dan pelawak-pelawak jenaka legendaris selalunya akan berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Lihat sahaja P.Ramlee dan Bujang Lapok Bersaudara, Mat Sentul, Badul, Eddie Murphy, Mr.Bean dan Jim Carrey sebagai contohnya. Setiap seorang mempunyai trademark style dan characterization masing-masing yang bersahaja tetapi tidak pernah mengabaikan sarijati komedi dan kejenakaan itu sendiri. Comedian-comedian bintang sering berisi dengan lenggok dan langgam ciptaan mereka, original serta kerap 'memerangkap' audience pada detik-detik yang terjangka atau tidak terjangka. Mereka solid. Mereka ada maintainence yang mantap. Terhibur berpanjangan dan punya showmanship universal. Bagi aku secara personal dan peribadi, ini sangat, sangat, SANGAT susah untuk dilakukan kerana lawak yang tidak menjadi atau tidak dipaku dengan kuat akan menjadi gagal, malah worst case scenario akan dilabel 'bodoh'. Masterclass dan masterpiece akan muncul dengan secara semulajadinya apabila ada pelawak-pelawak, comedian-comedian, penghibur-penghibur jenakarama yang rajin dan gigih bersungguh-sungguh menjaga mutu kualiti dan piawaian humor mereka tadi.

Aku juga semakin sedar ini apabila pernah bekerjasama serta mendapat peluang menulis untuk beberapa pelakon jenaka dan juga pelawak baru dan lama di sebuah stesen kabel satelit nasional bertaraf antarabangsa tidak berapa lama dahulu. Setiap set skrip harus bersesuaian dengan tema sketsa yang diberikan. Tersilap pasangan skrip dan persembahan, maka akan disaster jugalah execution cerita dan moral komedi yang ingin aku sampaikan mengikut kehendak pengarah dan produser. Luckily, peratusan ralat itu amat rendah dan hampir tidak terjadi semasa period aku berkhidmat di sana. Aku dikurniakan senario kerja yang profesional dan subtle sekali. Aku perlu beri kredit dan ucap terima kasih pada Awin KZ di atas peluang dan ruang memperkembangkan portfolio penulisan aku. Rupa-rupanya, komedi dan humor bukan sahaja mencabar akal fikiran, menduga kebernasan, susah dan sukar tetapi memainkan banyak peranan dalam merealisasikan elemental nukilan dan tamsilan sosiologi insan yang demanding supaya terusan raising the bar, pushing the envelope, breaking the fourth wall dan bermacam-macam lagi pengistilahan kompleks dan komplikasi bidang penulisan kreatif.

Raja Lawak wujud dan muncul dalam pencarian identiti dan wajah komedi Malaysiana yang baharu. Lima musim berlalu untuk kita semua bersiap-sedia menghadapi Maharaja Lawak yang menampilkan cream of the crop comedian-comedian terbaik hasil dari cungkilan bakat baru rancangan realiti itu. 12 orang pelawak favourite dipilih untuk menunjukkan kehandalan dan kehebatan dengan diadili oleh tiga orang juri profesional lagi berpengalaman terutama sekali Tok Guru aku iaitu Abang Mat. Setelah 13 minggu beradu tenaga dan saling raising the bar, pushing the envelope, breaking the fourth wall, akhirnya tinggal 4 pelawak terunggul bertembung di peringkat akhir untuk menentukan siapakah di antara mereka layak ditabalkan sebagai Maharaja Lawak yang sebenar. Ini meletakkan every single bar a bit higher than the rest and what's left of it. Aku sejak dari awal lagi even sebelum-sebelum episod pertama bermula lagi menganggap inisiatif ini adalah sebuah breakthrough besar dalam bidang pengkaryaan, penerbitan, persembahan, penciptaan dan penulisan media kreatif tanahair. Sesuatu yang mungkin akan blow everything out of proportion. Apa tidaknya, sebahagian ahli famili dan majoriti sahabat-sahabat aku sudah hook dan ketagihan dengan program ini sejak dari mula lagi. Bagi aku, ianya telah mencapai cult status apabila ramai yang sanggup uploading dan downloading beribu-ribu kali banyaknya di dalam YouTube kerana tidak melanggani Astro Warna, secara tidak langsung menjadikannya suatu fenomena besar akhirnya. Dari dalam bilik dan ruang sudut pejabat sehinggalah ke dalam smartphone dan pemilik-pemilik tablet personal, Maharaja Lawak telah menjadi ikutan setia peminat dan penggemarnya seluruh negara.

Dan tadi, apabila selesai semua persembahan untuk keempat-empat finalis aku hanya mahu the best menjuarai segalanya. Ternyata apabila kumpulan Sepah berjaya menempat diri mereka ke puncak mahkota dengan meletakkan Jozan di tempat naib juara (ini adalah favourite aku sejak episod pertama), Nabil dan Jambu masing-masing ke tempat ketiga dan keempat, aku sudah dapat rangkuman apa yang sudah, akan, sedang dan bakal terjadi kepada persada persembahan komedi tanahair. Ianya sedang menuju ke sebuah era baru yang pastinya akan mencorakkan warna-warni humor menjadi bertambah power kerana makamnya sudah naik satu takuk sejak bertahun-tahun yang lalu. Not since Senario that our local humour and comedy landscape had been very well appreciated and widely recognised as a social artform and an elevation of pop culture throughout the communal atmosphere. Gelaknya gelak yang segar, tawanya tawa yang asli dan lega gembiranya adalah kesenangan hati yang melapangkan.

Ternyata (Maha)Raja Lawak mendidik juga secara sedar tak sedar, secara diam tak diam. Mengajar kita semua supaya lebih appreciative dan supportive. Mempelawa kita supaya meletakkan standard pada mutu dan kualiti karya komedi dan jenaka lokal. Memang sejak dari dahulu lagi, khalayak kita mudah menghentam dan menghenyak-henyak karya sebegitu dengan prejudis tajam yang tiada berasas. Aku juga akui kerana aku pernah sebegitu.

Ada parodi, satira, impersonasi, kometari sosial dan banyak lagi yang kita hadapi serta hadami hanya dengan menonton (Maha)Raja Lawak buat yang rajin menilai dan tekun mengkaji lapisan-lapisan penyampaiannya.

Baik yang halus dan tebal, baik yang tersurat dan tersirat, baik yang jelas dan tersembunyi.

Komedi, jenaka dan humor adalah kelas pengkaryaan yang masih mahu aku dalami dan terokai. Bau dia sedap, aroma dia membangkitkan, rasanya penuh kenikmatan, sentuhannya sarat hikmah. Ini rare bagi orang yang nampak hidup dari perspektif dan horizon yang berlainan serta berbeza dari orang biasa dan normal lain. Mengecapinya dengan cara jujur, mulus tulus dan tidak mengada-ngada.

Ianya mendesak aku supaya lebih memberi dan lebih menerima kelebihan dan kekurangan sesebuah hasil karya dengan seadanya.


Aku suka itu.


Aku memang suka akan itu.


.

Ulasan