andai tahu, jika mahu

Cerita hidup aku setakat ini sangat menarik untuk dikongsikan bersama. Cuma aku rasa masanya belum cukup sesuai untuk itu. Terlalu banyak pertimbangan dan sudut-sudut rahsia yang perlu aku jaga, yang perlu aku simpan dan selindungkan terlebih dahulu. Mungkin di suatu hari nanti, apabila aku sudah bersedia, keadaan sudah aman, kendiri sudah tenang, barulah akan ada persembahan kisah itu. Untuk semua. Untuk bersama.

Kisah hidup aku ini epik. Besar skopnya dan sangat luas pula capaiannya. Emosinalnya terlalu tinggi malah rasionalnya pula tersangat puncak untuk diteladani. Sejarah hidup masing-masing. Beza-beza. Aku juga tidak terkecuali daripada perjalanan menerusi pengalaman-pengalaman yang ditentukan. Namun, aku perlu ruang dan peluang lagi untuk terus memperkembang serta memperluaskannya. Justeru, daripada aku terus mengambil sikap tunggu dan lihat, adalah lebih baik aku terus dengan niat, usaha dan ikhtiar aku untuk capai dan gapai esok dan masa hadapan yang ada.

Dapat atau tidak itu, sudah atau belum itu, aku yakin dan percaya semuanya hanya ketentuan dan urusan Allah Taala.

Aku syukur kerana aku diuji hari ini, diduga sekarang. Kerana dengan cabaran dan dugaan inilah aku menjadi siapa yang patut aku jadi nanti.

Berakhir tahun-tahun formatif, bermula lagi tahun-tahun konstruktif.

Ulasan