Ubah untuk kaya. Supaya dapat beli oksigen, beli air paip dan beli masalah.

Ada sesetengah orang berpendapat yang kita akan berubah bila kita sudah kaya.
Maknanya, apabila kita sudah ada cukup kemampuan malah berlebihan pula daya kemewahan dalam memiliki dan mengumpul harta. Kita mengecapi level financial freedom. Bebas untuk membeli apa saja yang kita inginkan. Tiada had dan batasnya untuk kita menjadikan apa yang kita hajatkan di depan mata sebagai hak mutlak kita asalkan ianya punya nilai dan harga. Duit adalah teman akrab kita. Wang adalah kawan karib kita. Dan ini belum pun diceritakan lagi tentang kaya dan raya.

Ya, aku rasa sesetengah pendapat itu boleh dipakai. Perubahan perlu dalam hidup. Demi kebaikan dan kemajuan diri sendiri, kita kena kaya. Punya harta yang kukuh. Punya nilai tinggi dalan berbelanja dan memiliki supaya lebih banyak punya pilihan dan lebih banyak punya habuan. Aku juga punya kenalan dan saudara yang kaya. Sama ada memang sudah tersedia kaya, yang berusaha keras untuk kaya, yang tidak sengaja kaya, yang kaya sebab sengaja kena kaya, yang kaya takkan miskin-miskin, yang kaya di luar batas, yang lupa diri yang kaya, yang ingat diri bila kaya, yang kaya betul atas sebab yang tak betul, yang betul-betul yang kaya sebab perlu kaya untuk kaya dan macam-macam lagi jenis kekayaan-kekayaan material dan dunia.

Yang aku hendak sampaikan di sini bukan kaya budi dan kaya bahasa, mahupun bukan kaya sopan dan kaya santunnya. Itu kaya katergorikan lain.

Ada beberapa orang guru aku memberitahu kita kena kaya kalau hendak berjaya dalam hidup. Mereka kata kaya ini essential dan adalah key kepada gerakan-gerakan kita akan datang. Inisiatif akan menjadi sukar dijadikan kenyataan kalau tidak punya kekayaan di dunia moden ini. Aku masih ingat pesan Ami Masra, pesan Dhojee dan pesan Ainon. ‘sekarang semua benda pakai duit’, ‘ada duit semua benda jalan’, ‘kalau kau nak, kau kena kaya’, ‘nak tolong orang, kaya dulu’, ‘kaya akan buat kau senang’. Itu antara amanah nasihat yang aku pegang. Senang aku menghadami nasihat dan pesan kepada perguruan-perguruan aku kerana mereka telah buktikannya kepada aku. Bahawasanya ia benar. Dan bahawasanya ia perlu. Penting dan perlu pula. Yang ketara, mereka bersependapat zaman sekarang adalah ‘zaman duit’. Semuanya serba-serbi duit dan bagusnya menjadi kaya (dan raya kiranya boleh) adalah untuk mengelakkan masalah dan menghindari masalah. Memang ya, kawan-kawan aku yang sudah kaya tidak banyak masalah. Mereka berubah sama sekali. Sudah mula boleh buat benda yang aku sendiri tak rasa dia boleh buat masa dia tak kaya dulu. Aku senyap-senyap rasa jealous pada kawan-kawan aku tu. Dan ada masa pulak, rasa nak terajang pun ada jugak dengan kawan-kawan aku ni sebab berubah jadi tak best. Tapi dia peduli apa, sebab dia dah kaya. Itu lagi satu hal yang tak baiknya jadi kaya ni sebab ada juga perubahan yang tak best. Aku mintak jauh nanti bila aku dah kaya. Tu belum lagi aku bukak cerita kawan lesap sebab bawak lari duit kawan bila dah kaya, kawan kena tipu kawan bila dah kaya, kawan dah kaya kawan yang tolong kaya masih tak kaya-kaya dan macam-macam lagi cerita History Channel yang panjang dan tak best untuk di tune in.

Kerana itu, aku tekad untuk kaya dan akan cuba segala daya halal yang termampu untuk kaya. Aku semakin hari semakin tidak tahan dengan tekanan-tekanan yang memerlukan aku untuk kaya.

Antara sebab tertekannya aku adalah buat kali ke berapa juta bilion kali entah, kereta yang aku bawak sekali lagi mati tengah jalan sebab takde duit cukup nak isi minyak. Dan selalunya bila kereta aku mati tengah jalan minyak kosong, aku susah nak bagitau orang mintak tolong. Sebab salah aku tak kaya dan main lenjan aje naik kereta macam orang kaya.

Padan muka aku. Sapa suruh bawak kereta guna minyak. Lain kali guna la kereta isi oksigen atau air paip. Lain kali kalau aku dah kaya, aku mahu beli tu semua. Beli minyak, beli oksigen dan beli air paip. Hilang satu masalah juta bilion aku.

Ulasan