Meniti terang di kala gelap

Bila aku lihat cuaca di luar sana akhir-akhir ini, serba tidak menentu. Mungkin alam yang aku sedang amati ini adalah imbasan kepada gelodak yang sedang meruntun perasaan aku sekarang. Serba-serbi naik turun debar dan rasanya. Hendak aku turutkan semuanya tetapi keterbatasan senantiasa mengawasi setiap gerak dan geri aku.

Hari ini sepertimana hari-hari yang sebelumnya, aku masih lagi mengasingkan diri daripada rutin. Aku mengambil sikap beranjau ini kerana aku mahu sekali lagi mencari laluan kembara yang agak lama juga aku tinggalkan. Aku harus laraskan perasaan aku dengan keadaan semasa. Cuaca tadi yang terik menyinar dan menyengat, akan tiba pula mendung yang gelap dan menggerunkan. Seolah-olah meniti jiwa aku.

Kemarau atau bah, ribut atau taufan. Aku tetap mencari ilham yang abadi buat diri.

Ulasan