Kalau aku susah. Kalau aku senang. Kalau dan kalau. Kadang-kadang hidup ini penuh dengan kalau-an yang melampau!

Tidak ramai yang tahu apa yang bermukim di dalam benak aku sekarang ini. Mungkin terlalu rahsia serta sulit untuk diceritakan pada orang lain ataupun mungkin juga terlalu terdedah sifatnya hinggakan orang senang saja bertanggapan terhadap aku perihal itu dan ini. Begitu juga apa yang sedang bermastautin di dalam jiwaku. Benak dan jiwa adalah dua elemental rohani manusia yang seakan-akan sama tetapi harfiahnya nyata tidak serupa. Satu berfungsi untuk memproses logik akal dan rasional perasaan, yang satu lagi dipertanggungjawabkan oleh zahir dan batin untuk membuat keputusan yang tepat sebagai dijadikan tindakan kepada pilihan-pilihan hidup yang diberikan.

Malah, sekarang ini banyak juga pilihan-pilihan hidup yang terpapar di hadapan mata. Naluri semakin membentak-bentak agar usai disegerakan. Manusia yang cekap dalam membahagi-bahagikan mana yang harus didahulukan dan mana yang harus dikemudiankan adalah manusia yang sangat bagus perancangan masa hadapannnya. Aku sedang dalam fasa itu. Fasa untuk menjadi manusia yang 'cakap serupa bikin'. Aku sedar bahawasanya aku kerap 'cakap tak serupa bikin' kerana apa yang aku cakapkan biasanya terlalu jauh sasarannya sedangkan aku sendiri tahu di mana tahap kemampuan aku. Di mana limit aku. Di mana tempat aku. Kesediaan aku membuat itu dan ini. Bagi aku, objektiviti dan subjektiviti hidup sering harus diselaraskan dengan kemampuan sendiri walaupun aku tahu, I can do more than what is perceived. In order to received, one must first achieved. Aku rasa dan aku percaya aku sudah achieve suatu tahap dalam hidup aku yang mana ketidak-mampuan aku sedikit masa dahulu kini sudah menjadi kesudah-mampuan.

Lagi satu adalah soal pengharapan. Harapan yang diberikan pada aku oleh orang-orang yang kerap memberikan aku kepercayaan itu selama ini. Kawan-kawan, kekasih-kekasih serta siapa saja yang tahu apa yang mereka 'tanamkan' dan 'laburkan' ke dalam diri aku. Mereka tetap ada dikala naik dan turun aku, di kala baik dan buruk aku, di kala kaya dan miskin aku. Aku pula tiada lain pengharapannya selain mereka tetap berada dalam kebersamaan itu sampai aku benar-benar maju malah selepas dan selepas itu.

Aku lihat sudah tiada apa yang mustahil untuk dilakukan di dalam dunia ini. Asalkan kita tahu apa yang kita lakukan, asalkan kita percaya apa yang kita percayakan dan kita cekal serta sabar apa yang sedang kita usahakan. Kerana kesusahan malah dugaan dan ujian yang sedang aku alami sekarang ini adalah dugaan dan ujian yang perlu. Aku perlu bergiat semula dan tumpu pada sasaran aku yang asalannya dahulu.

Kalau tidak kerana itu, aku akan hidup dan mati dalam keadaan yang sia-sia dan menyusahkan orang sahaja.


Oh. Point entry aku kali ni? Aku sedang dalam keadaan susah hati yang sangat dahsyat. Harap ini adalah perkara sementara kerana aku tidak biasa dengan ratapan-ratapan lewah sebegini.

Ulasan

gayour berkata…
selalu dengar orang kata " hidup sedut" tanpa menyedari apa yang diucap itu mempertikaikan ketentuanNya. sedap mulut je kata kerana gaya, lagak dan terikut2.

ini baru hidup namanya boyscout!

har fragin har!
faizalmukhtar berkata…
[gayour]

Master, mentor dan mahaguru aku tak ramai. Aku memilih jugak nak menuntut dengan orang. Risau jugak kalau salah bawak, tambah lagi aku ni hyper dalam bab 'gasak-menggasak' ni. Aku ni kalau boleh tak nak hanky-panky, kona sana kona sini.

Tapi gua paling respect dan taat sama lu. Sebab lu selalu saja bagi gua tendangan-tendangan dan pukulan-pukulan padu maut yang gua sangat-sangat perlukan di saat-saat genting seperti ini.

Kudos buat kau! LETS FIGHT THIS NEVER-ENDING BATTLE TOGETHER 'TILL THE END!!!

12:50 PM