Aku mahu tapi aku masih tak dapat

Lewat petang tadi, aku sempat singgah ke kedai buku MPH Subang Parade. Sejak dari kecil, Subang Parade sudah menjadi hideout dan port in exile aku. Dulu, Subang Parade terkenal sebagai sebuah shopping mall paling panjang di rantau Asia Tenggara. Kat situ ada Toys R Us pertama di Malaysia, ada Grandy's, ada White Castle, ada Cineplex dan macam-macam lagi. First kerja aku lepas SPM pun dekat situ jugak. Aku kerja kedai vcd cetak rompak kat tingkat atas sekali. Masih tu dvd belum berapa nak baik sebab dvd masih baru. Dan membuka kedai vcd cetak rompak kat Subang Parade pun tidak jadi hal sebab kedai itu di-coverline oleh kedai game.

Kedai tu sekarang dah takde, tak silap aku dah digantikan dengan kedai butik. Malah, semua kedai-kedai yang aku sebut tu pun dah takde. Cuma yang ada la 2-3 port aku dari kecil yang masih kekal. MPH adalah salah satu daripadanya. Subang Parade sekarang terpaksa bersaing dengan Empire yang baru bukak sebelah dia dan Sunway Pyramid. Summit aku tak kira sebab Summit kat USJ tu pun aku tengok macam mati segan hidup tak mau. Kalau takde GSC, boling dengan tempat karaok kat situ, aku rasa dah lama jugak Summit arwah. Kalau nak diikut ranking, maka Subang Parade lah yang paling gagah berdiri semenjak tahun 1988 lagi.

Aku berjalan dan berlegar-legar sekitar kedai buku kegemaran rakyat Malaysia itu. Sesekali aku berhenti bila aku ternampak beberapa judul yang aku rasakan menarik untuk diberi perhatian yang lebih. Tambah lagi kalau buku itu ada elemen kegemaran aku. Dan sesekali juga terjumpa juga di rak, buku-buku yang ditulis oleh kawan-kawan. Ya, kawan-kawan aku yang sudah berjaya menulis dan melahirkan beberapa buah karya yang cukup membuatkan aku berasa sangat cemburu, teruja dan bersemangat semua dalam satu waktu yang sama. Bahruddin Bekri, Zaki Zainol, Zahiruddin Zabidi, Rohidzir Rais dan lain-lain (Oh! Secara tidak sedar, baru aku perasan yang kawan-kawan penulis aku ni mempunyai aliterasi huruf yang sama seperti ZZ, BB dan RR. Dahsyat!). Sedangkan karya buku aku masih belum muncul-muncul lagi. Entah bila, aku sendiri tidak dapat jawab soalan itu dengan sendirinya walaupun aku rasa masanya sudah tidak jauh. Cuma, bila kali ini biarpun kedai buku sudah jadi port regular aku untuk melepakkan diri tatkala mencari-cari arah dan tuju, sudah jadi satu port yang sentimental. Macam seorang pesara askar yang datang melawat tugu negara ataupun seorang bekas nelayan turun ke pasar membeli ikan. Ianya akan jadi sedikit sayu dan otomatik sebak-sebak sikit.

Aku rindukan dunia editorial.

Kerana aku telah berjanji dan berazam pada dalam diri aku, apabila hampir seluruh jurusan dan lapangan penulisan yang ada, akhir sekali aku ingin bermukim dan bermakan di alam buku. Aku sudah masuk dunia majalah sebagai jurnalis, aku sudah masuk dunia komik sebagai penulis komik, aku sudah masuk dunia produksi sebagai penulis skrip, aku sudah masuk dunia pengiklanan sebagai penulis iklan/copywriter dan macam-macam lagi termasuklah sebagai blogger dari masa ke semasa. Anugerah peluang yang aku perolehi pada akhir tahun lalu sangat menggembirakan aku kerana aku sudah mencongak untuk berkerjaya (kerja dan berjaya) selama yang mungkin di tempat itu. Kalau di tempat-tempat yang dahulu, aku hanya singgah setahun dua dan aku yakin bahawa Tuhan menguji aku dengan pelbagai dugaan untuk aku sampai ke sini.

Dahulu, mula-mula dahulu aku diambil bekerja di syarikat majalah nombor satu negara untuk develop satu branding majalah komik dan kartun untuk menyaingi market yang ada. Tidak sampai dua tahun, majalah itu tutup. Aku dicampak ke majalah lain. Tidak selang beberapa lama selepas itu, aku menanam niat untuk keluar dari situ kerana jiwa aku sedikit demi sedikit sudah mendak. Aku buat kerja rupanya bukan sebab duit danb gaji tapi sebat passion aku pada komik. Mujur ada sebuah kompeni internasional yang menginginkan aku menjadi penulis komik sepenuh. Sejujurnya itu adalah dream job aku. Menjadi penulis komik dan berkenalan dengan kawan-kawan seperjuangan yang sama arah tuju dan sehati dan sejiwa dalam memperjuangkan dunia karya yang ada.

Tapi bagi setiap dream yang sudah tercapai, aku sudah ada setting impian yang baru pula. Dan sekali lagi tidak sampai dua tahun, bukan saja komik-komik di kompeni itu ditutup malah dengan kompeni dan isi-isinya sekali. Ujian aku berterusan. Aku terus berkelana dan syukur aku sempat berguru dengan seseorang dalam dunia produksi sebagai seorang penulis skrip TV dan filem. Hayat aku disitu juga tidak lama kerana niat aku memang untuk berguru dan bukan bekerja sangat kerana aku tahu bagaimana senario dunia penulisan skrip bersangkutan bayaran dan seumpamanya.

Kemudia aku ke sebuah kompeni TV kabel terbesar di Malaysia dengan syarat kerja berkontrak. Juga sebagai penulis skrip untuk program. Sehabis itu, aku mencari dan terus mencari. Dengan berkat usaha, kesabaran dan kegigihan aku, aku akhirnya diterima bekerja di di sebuah syarikat penerbitan buku yang cukup prolifik setanding malah lebih pop dari DBP. Di sana aku akan bersemayam lama dan mengorak langkah aku dalam dunia buku yang pada hemat aku mempunyai makan tertinggi dalam semua lapisan dan cabang pengkarayaan yang ada.

Tuah kali ini betul-betul menyebelahi aku. Tidak sampai pun beberapa bulan aku di sana, aku telah dinaikkan pangkat menjadi ketua editor. Sebuah jawatan yang sama sekali tidak terjangkakan oleh aku sendiri kerana bagi aku, aku masih baru dan perlu banyak belajar lagi. Namun rezeki itu akan datang pada waktu yang benar-benar tepat. Di samping itu juga, aku berkesempatan bertemu dengan ramai kenalan dan kawan baru yang cukup mengagumkan aku. Termasuklah nama-nama penulis yang aku jumpa di MPH Subang Parade itu tadi. Aku juga terus berguru dengan dua-tiga orang guru yang bagus. Dunia buku sememangnya tepat dengan jiwa aku. Dan pada hujung tahun yang lalu, aku diberitkan unit kelolaan aku akan bakal digabungkan dengan unit komik! Ini bukan sahaja datang sebagai an ultimate dream come true malah aku dapat membayangkan betapa alliance ini akan terius memberi seal kepada portfolio aku dalam bidanng komik dan buku sekaligus.

Ternyata telahan dan ramalan aku meleset sama sekali. And the rest they say is history.

Aku terus membelek-belek buku kawan-kawan aku dan isi yang ada di dalamnya. Ada juga beberapa buku itu yang covernya dilukis oleh Jimi dan Lobak, kawan aku merangkap artis komik dan kini bekerja sebagai editor kreatif merangkap ilustrator dan designer untuk kompeni buku itu. Jimi, Lobak and me came a long way to get us to the same place as we are today. Cuma Jimi dan Lobak got to do what they do and excel best: Being an artist and express their most passionate talent and skill on paper, being paid monthly with extra incomes flowing fluidly like nobodies business. Aku bangga dengan Jimi dan Lobak sebab we've been through a lot. Dan aku bangga jugak dengan Zaki dan Haeqal yang bersama-sama aku dulu menggerakan unit lama aku sebelum ia digabungkan dengan unit komik. They are blessed and I am sure they are happy where they are now.

From here onwards, its a whole new route for me. Aku tahu apa ultimate goal aku dan aku secara generalnya sudah sampai ke tempat dan ke makam itu. I love comics and I love books. And i've been to that place where I can be both one and the same but I am not allowed to. But God forbid me for now. Maybe God is testing me again for the best of time and place later on.

I have to admit. Times are hard now and I am not used to being 'difficult' but I believe that God knows what is best for me. Maybe also that there are still more than some missing links in my life. So close yet so far and so away.

Keep on moving. Keep on trying. Keep on doing what I do best and never ever give up no matter what.

Demmit. I'm whining again, am I?

Ulasan

Aman Wan berkata…
kadang2 impian ni susah juga nak tercapai walaupun dah ada depan mata.

Tapi, harapnya enche masih terus percaya pada impian. Insyallah, satu masa nanti, setelah semua ujian telah enche lalui, pasti ganjarannya sangat puas nanti!

saya tak reti bermadah dan bagi kata2 bermakna ala2 Bahrudin Bekri, tapi, saya memang sangat2 respek dengan enche sebagai seorang pengejar impian. Tabik!
faizalmukhtar berkata…
[aman]

Tahun depan kau ikut aku pegi San Diego Comic Con! Ingat, ni dah kira booking advance ni sebab kau taat pada aku tau...