Musim Summer movies Hollywood bermula!


Dengan bermulanya tayangan perdana THOR hari ini yakni seminggu lebih awal daripada tayangan serentak seluruh Amerika, makanya juga ia menandakan bermulanya perlumbaan tayangan blockbuster summer untuk tahun 2011. Walaupun kita di sini tidak ada musim summer kerana di negara kita ini sahaja sudah summer setahun suntuk, tapi untuk penggemar dan peminat filem sudah pasti menanti-nantikan detik bermulanya musim summer Hollywood movies. Secara kasarnya, musim tersebut bermula pada bulan Mei hinggalah berlarutan bulan Julai.

Saban tahun, aku tidak pernah melepaskan peluang untuk menyenaraikan TOP 3 Wajib-Tonton tayangan filem yang Wajib aku Tonton. Tahun ini juga aku sudah siap-siap menyenaraikannya. Pada tahun lepas, filem Inception, Social Network dan Tron: Legacy menjadi pilihan. Kesemuanya bagus dan terbaik kecuali filem yang last itu yang hanya bagus biasa sahaja. Tahun ini aku mensasarkan Transformers 3: Revenge of the Fallen, Immortals dan juga Super 8.

Transformers 3 – Mungkin kerana aku suka work ethics dan produksi Michael Bay yang hilang akal itu walaupun rata-rata mengkritik karya beliau yang hanya dihujani limpahan hujan popcorn-popcorn emas. Mungkin juga aku adalah children of the 80s dan suka Transformers.

Immortals – Tarsem Singh adalah seorang pengarah underdog yang mempunyai latarbelakang produksi pengiklanan macam Micheal Bay dan Night Shyamalan. Filem beliau sebelum ini mempunyai darah yang pekat dari aliran sinematografi dan art direction-nya. Mencuba The Cell dan The Fall arahan beliau sebelum ini memang cukup mengesankan.

Super 8 – Steven Spielberg. JJ Abrams. Dua kolabarator yang bakal menggugat-goyahkan benak akal dan emosi aku secara personal dan profesional di panggung wayang. Siapa yang tak kenal Spielberg boleh lupakan terus panggung wayang dan jangan jejak lagi ke situ. Abrams pula adalah gugusan genius moden storyteller yang aku respect pasca Alias, Lost dan Fringe.

Jadi, seterusnya aku akan bentangkan TOP 10 filem Wajib Tonton aku untuk tahun ini:

• The Adventures of Tin-Tin: Secret of the Unicorn
• Kung Fu Panda 2
• Green Lantern
• Captain America: The First Avenger
• Karipap-Karipap Cinta
• Mission Impossible 4: Ghost Protocol
• Cowboys and Aliens
• Thor
• Immortals
• Transformers 3: Revenge of the Fallen
• Super 8

Ya, kelihatan jelas di sana aku terlebih satu filem dan cuba untuk menyelinapkan sebuah filem lokal. Ya, aku memang bias kerana filem itu ada sentimental value buat aku walaupun bukan aku yang direct, bukan aku yang tulis skripnya apatah lagi bukan aku yang jadi pelakon utamanya. Tapi itu filem adalah filem yang kena tengok untuk siapa-siapa yang suka cerita Melayu yang lain dari yang lain. Maksud aku, yang lain dari Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Tapi yang paling ketara adalah betapa sehingga ke masa ini, filem-filem superhero atau cereka-cereka adaptasi dari komik masih lagi mendapat tempat di dalam senarai pembikin filem dan pengikutnya. 10 tahun dahulu dan 10 tahun akan datang, aku yakin senarionya akan tetap sama.

Masanya sudah mula (sekali lagi) untuk summer movie marathonia!

Ulasan