mencari jalan baru menuju ke sana. jua. akhirnya. nanti. mungkin bukan hari ini. esok siapa yang tahu?

Ada seperkara-dua perkara berat yang agak mendesak akal fikiran aku agar bertindak dengan lebih hyper dan agresif. Apa tidaknya, hari demi hari aku melihatkan ada saja yang mencabar aku untuk bertindak mencari arah, menjejak aras yang lebih tinggi.

Aku minta maaf kepada kawan-kawan yang saban hari menjemput aku supaya tampil juga memunculkan diri ke perkumpulan pencinta-pencinta buku itu. Setelah hampir 21 tahun tidak pernah gagal untuk menghadirkan diri ke pesta tersebut, aku terpaksa melupakannya sekaligus memadamkan niat ke sana. Setidak-tidaknya untuk tahun ini sahaja. Bukan aku tidak sudi atau aku tidak mahu, tetapi aku dalam keadaan yang fragile. Rapuh. Emosional. Sensitif. Penuh sentimen-sentimen. Aku tidak sanggup berhadapan dengan kepuraan-puraan diri sendiri sedangkan dalam diri aku sarat dengan gejolak yang tidak terbendung. Aku cintakan dunia ilmu. Mana pernah mungkin aku akan membelotinya. Teruskan, kawan-kawan. Berpestalah dahulu kalian tahun ini kerana tahun ini aku undur diri seketika mencari ruang sendiri-sendiri. Ampun, ampun dan ampun.

Sedang sekali lagi mencari(semula) jalan baru untuk menuju ke sana. Dan akhirnya aku pasti akan menuju ke sana. Kerana ini adalah jalan yang aku pilih. Yang terbaik untuk aku dan untuk kalian dan kalian semua.

Sekarang soal itu sedang ditangani. Entah berapa lama harus aku usahakan untuk ketemu jawapannya yang pasti, itu perlu berserah dan memerlukan penyerahan. Berserah dan menyerah pada yang Maha Hakiki. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!

Ulasan