Tour of the Wi-Fi!

Antara benda yang paling sukar, mencabar dan menghampiri bebal sekali selain daripada belajar matematik dan ilmu hisab adalah cuba untuk meng-adapt dan menuntut apatah lagi memahami ilmu IT dan teknologi-teknologi baru dunia moden. Yes, kita sekarang sudah mula diperkenalkan dengan iPhone4, iPad, tablet, smartphone, skype, torrent, twitter dan entah apa-apa lagi benda-benda baru yang akan kerap berubah. Dan sekali datang dengan kemajuan benda baru ini adalah ilmu untuk menggunakan dan mempraktikkannya. Aku sengaja memangsakan aku disitu. Bukan sebabnya aku kurang kemampuan atau tidak cukup up-to-date lagi tetapi kerana disitulah aku akan jadi jahil secara otomatiknya. Sama juga macamana jahilnya aku dalam dunia matematik.

Bapak aku dulu pernah cakap yang matematik itu mudah. Sebab jawapannya akan kekal sama walaupun apa pun formula, kaedah dan cara kita menyelesaikan permasalahan yang tersebut. Tidak seperti ilmu bahasa, seni dan sastera ianya terlalu subjektif dan sentiasa berubah-ubah dan bersifat fragile, fickle. Aku masih ingat lagi semasa kecil yakni semasa zaman sekolah, aku kerap sahaja bertembung mazhab ini dengan bapak aku. Bapak aku adalah seorang yang teknikal, sistematik dan displin. Semuanya harus mengikut aturan, kemas dan berjadual. Aku pula suka kerja-kerja spontan, impromptu dan tiba-tiba. Kalau ada yang silap faham, mungkin akan melabelkan aku sebagai orang yang gasak-gasak. Kontradiksi dan konfrantasi ini membuatkan sering bercangggah secara senyap dan batin dengan bapak aku sendiri. Tapi kami bercanggah, bukannya berbalah.

Tapi lama-kelamaan, aku faham dan tahu apa mazhab dan fahaman bapak aku itu. Dia mahu aku jadi orang yang sebenar-benar 'orang'. Bukan koman. Bukan biasa. Orang yang punya standard. Yang ada kelas tersendiri.

Tambah lagi bila sudah tamat belajar, memasuki alam pekerjaan banyak memerlukan aku menggunakan mazhab itu. Belajar, bekerja dan macam-macam perkara dalam hidup.

Lewat ini, aku dikelilingi oleh orang-orang IT. Orang-orang yang bijak-pandai dalam teknologi moden ciptaan dunia sekarang. Sekali lagi, aku ternampak 'blessing in disguisenya' di sini. Ada sebab baik dan menguntungkan juga aku ditukarkan ke jabatan baru ini. Paling tidak, mungkin ini antara sedikit sebab aku rasa selesa dicampakkan ke sini. Aku yang jahil lagi lemah ini wajar disekolahkan oleh pakar-pakar ini.

Aku perlu memgembara dan teroka selagi boleh. Selagi ada kemampuan dan kudrat untuk mengisi ilmu di dada dan isi di raga.

Alhamdulillah, aku berkenalan dengan seorang kawan. Kawan ini bukan kawan baru. Baru tak baru juga. Dia ni beza sikit dari pakar-pakar IT lain yang aku kenal. Aku boleh rasa 'mojo' kawan ni. Ada beza mojo dia ni. Kami sealiran fahaman dan mazhab walau berbeza kepakaran. Aku fikirkan kita dia dan aku boleh jadi satu pack yang powerful bila ada rezeki membina empayar suatu hari nanti.

Dan kawan aku yang seorang ini juga adalah seorang sahabat yang oportunis. Sama juga dengan kawan-kawan aku yang punya matlamat untuk 'pergi jauh'.

High five untuk ROBOT!

Ulasan