Siapa sokong saya berhenti kerja, cuba angkat tangan macam saya...

Ada orang cakap, aku nak berhenti kerja sebab Facebook kena block kat ofis time kerja. Ada orang cakap, aku nak berhenti kerja sebab YouTube kena block terus kat ofis time kerja atau time tak kerja. Ada orang cakap, aku nak berhenti kerja sebab Husna Adnan dah nak kahwin walhal dari dulu aku tau Husna Adnan nak kahwin sebab rugilah kalau dia tak kahwin sebab kalau tak kahwin memang rugi. Ada orang cakap, aku nak berhenti kerja, sebab department baru tak ngam dengan jiwa aku. Ada orang cakap, aku nak berhenti kerja sebab aku merajuk walaupun aku sendiri tak pasti apa pasal aku nak merajuk, pada siapa aku nak merajuk dan bila agaknya last time aku merajuk. Ada orang cakap, aku nak berhenti kerja sebab memang itu perangai aku bila dah boring dengan kerja yang ada kerana tidak cukup challenging dan menarik hati. Ada orang cakap, aku nak berhenti kerja sebab ada pakatan untuk menggulingkan aku kerana gagal membuktikannya dalam skandal video CCTV tempoh hari.

Eh? Takde, takde. Itu aku yang pandai-pandai cakap.

Orang memang dilahirkan untuk bercakap. Tidaklah bernama orang kiranya tidak bercakap dan berkata-kata tentang alam dan manusia. Tentang itu dan tentang ini. Pasal begitu dan pasal begini. Lalu si anu atau lalu si polan. Meluahkan perasaan dan isi hati melalui percakapan. Mengemukakan pendapat dan teori-teori selagi tidak mendapat maklumat soheh dan perincian yang rasmi. Dari sehalus-halus khabar angin hinggalah ke peringkat radikal-seradikal-radikalnya. Ini bukan masalah atau problem bagi aku sebab sudah lumrah manusia diberikan gift untuk melahirkan buah kata dan rasa. Suka sekali aku mendengar orang menyerlahkan karakter dan perwatakan mereka secara terbuka. Secara 'live' dan 'unplugged'.

Reasoning aku nak berhenti kerja ni adalah personal dan profesional kedua-duanya sekali, seganding dan bersatu, lafaz niatku bertemu... oh ho.. ho.. hoo! (eh, ternyanyi lagu Andalusia pula aku).

Siapa yang bertanya direct kepada aku sekalipun, tidak akan mendapat jawapan yang sama dengan jawapan yang aku berikan pada orang yang terdahulu dan jawapan pada orang yang akan datang. Tapi secara definitifnya, memang aku nak berenti kerja, cuma belum bertemu sebab yang betul-betul kukuh. Mungkin ada tapi tidak pula aku mahu dedahkannya. Again, personal dan profesional kedua-duanya sekali.

Dah sampai masa aku buat keputusan.

Kerana makin aku berlengah, makin aku berlakon yang semuanya OK dan makin aku membelai-belai dan memanja-manjakan kerenah dan perangai orang, makin aku jadi tidak kehadapan.

Masa depan sudah menjemput aku.

Aku harus mara.

Ulasan

Karonizam Kasim berkata…
aku setuju bro... sbb aku pun akan mengambil langkah yang sama. Aku percaya rezeki ada di mana-mana, yang penting kena rajin berusaha.

aku dh decide nk resign, nekad dh. Keja sendiri lagi puas hati. Jatuh bangunpun sendiri.
faizalmukhtar berkata…
[karonizam]

Maju Mara HARIMAU MALAYA!
gayour berkata…
orang yang mendakwa dirinya 'seniman' umpama anak sungai yang sentiasa mengalir mencari jalannya.
huh, kata-kata!

be tought as steel boy scout!

harfraginhar!
alifstyle berkata…
saya sokong tuan berhenti.
Tanpa Nama berkata…
BEREN TI JGN TAK BERENTI...