Projek MAJU MARA HARIMAU MALAYA 2011 kini di UiTM Shah Alam!

Hari ini aku berpeluang untuk menjadi guess lecturer/panel evaluator untuk sebuah assesment class, sekali lagi terima kasih kepada Roy. Yang membezakan kelas ini daripada kelas-kelas terdahulu yang pernah dihadiri oleh aku sebagai guess lecturer ialah aku diajak menjadi juri untuk sebuah projek yang bolehlah dianggap dream project aku juga.

Ini kerana sejak sedari zaman sekolah lagi, memang tabii aku suka berkhayal dan menconteng pada buku-buku kerja dalam kelas subjek yang confirm aku tak minat. Selain mencakar lukisan kartun, aku suka buat konsep design jersi bola. Ya, bagi aku jersi bolasepak sangat unik dan special. Kerana ianya mirip konsep sepasang kostum superhero. Punya design yang menarik, punya cutting yang best, punya color-color yang menggambarkan personaliti pemakainya, kaya-raya dengan ciri-ciri konsepsual. Tambah pula kalau jersi yang aku buat itu adalah jersi kebangsaan dan kebanggaan. Yang melambangkan simbol perjuangan agama, bangsa dan negara.

Maka, Roy sudah bikin satu assignment untuk semua student dia kali ni untuk buat design jersi baru pasukan bolasepak Malaysia!

Peh.

Nak tak nak, stim jugak aku mendengarnya. Suatu projek yang mana aku sendiri dijemput sebagai tenaga jurinya memang sesuatu yang mengujakan.

Terus-terang cakap, talent itu ada di mana-mana. Sama ada kita terus mencari dan menerokanya, sama ada kita sendiri yang keluarkan dan perasankan dari dalam diri kita atau mungkin juga talent itu bisa diseru.

And for today --- THESE PEOPLE DEFINITELY HAVE TALENT!

Ulasan