Kawan-kawan yang faham bahasa kawan-kawan

Sejak kebelakangan ini, aku kerap ditanya tentang pendapat mengenai filem terbaru 'Hikayat Merong Mahawangsa'. Sudah beberapa hari filem ini keluar di pawagam dan aku rasa ada juga yang sudah menontonnya lebih awal. Tapi, berdasarkan pertanyaan-pertanyaan dan persoalan-persoalan yang dihujani, ternyata ramai lagi yang masih belum menontonnya. Ya, aku akan berikan reviewnya nanti bila punya kelapangan dan punya kesesuaian waktu. Filem besar seperti ini perlukan sedikit ruang untuk mood masuk : )

Tadi semasa makan tengahari, aku semakin sedar yang kehadiran aku di syarikat tempat aku kerja sekarang mengibaratkan aku sebagai sebuah hub filem dan atau apa-apa sahaja yang membabitkan perbincangan seni kreatif. Yusry, seorang editor buku pengurusan dan bisnes baru sahaja menawarkan aku sebuah projek untuk kendalian aku. Projek yang membabitkan video dan juga penggambaran sebagai elemental utamanya. Dia percaya bahawa media dan yang seumpama dengannya merupakan sebuah agen pengajaran, dakwah dan penyebaran ideologi yang sangat ampuh. Aku bersetuju sama sekali.

Poji, seorang designer buku berpendapat bahawa banyak lagi yang harus kita belajar daripada luar. Kita ambil yang baik dan bagus, kemudian asimilasikan bersama dengan kebudayaan, indentiti dan personaliti kita. Dia banyak memberikan contoh-contoh yang aku rasakan begitu kena dengan perbualan kami. Aku yakin dia boleh pergi jauh kalau dia berterusan bersikap demikian – mengeluarkan idea dan hujah pendapat pada suasana dan keaadan yang betul.

Shah, sepertimana Poji juga punya pendapat yang lebih kurang sama. Cuma, Shah punya pengalaman yang setanding aku juga, baik dalam industri kreatif seperti filem dan advertising mahupun perekaciptaan dan penjanaan idea. Aku tahu Shah punya fahaman tersendiri kerana berbicara dengan Shah kadangkala membuatkan aku rasa segan padanya. Dia punya capability untuk 'merubah' dan 'membentuk' sesuatu yang baru. Aku akan tunggu masanya nanti tatkala ianya berlaku.

Makan tengahari bersama Yusry, Poji dan Shah adalah makan tengahari yang menyelerakan nafsu aku. Sudahlah makan nasi campurnya disponsor, intipati ceritanya menggamitkan perhatian dan semangat aku, dikeliling pula oleh orang-orang yang faham dan tahu ke mana arah dan halatuju cita-cita aku. Aku berharap dan berdoa suatu hari nanti, kawan-kawan yang semacam ini dapat aku kumpulkan dalam satu pasukan impian atau dream team untuk aku gerakkan banyak wawasan-wawasan dan impian idea-idea yang aku sedang aku bentuk di dalam benak dan sanubari dalaman. InsyaAllah.

Makanya, apabila melihat sebuah epik seperti Merong Mahawangsa muncul di pawagam selepas 'Puteri Gunung Ledang' 7 tahun dulu, aku nampak banyak kemajuan pada mentaliti dan iltizam orang-orang kita. Orang-orang kita yang dambakan pembaharuan dan pembinaan jati diri yang lebih real. Bukan hanya sekadar bisnes, bukan sekadar mengejar anugerah-anugerah ciptaan. Ya, bisnes dan anugerah juga perlu tapi juang bisnes dan juang anugerah tidak akan sama dengan juang seni dan juang semangat.

Manisnya lebih asli dan tulen.

Ulasan

Karonizam Kasim berkata…
bro dh tgk trailer filem 'Bunohan' http://www.youtube.com/watch?v=_OgrPtRhdnY
Karonizam Kasim berkata…
sekiranya link xdapat msk... bro gi jer kat laman web diaorang... www.bunohan.com
faizalmukhtar berkata…
[karonizam]

Terima kasih! Maklumat yang sangat hebat : )
Karonizam Kasim berkata…
sama2... ;)