Hari ini, kawan aku di FB dah masuk 1,111 orang

Setiap pagi dalam perjalanan ke menuju ke tempat kerja, ada beberapa laluan yang aku gunakan untuk sampai ke destinasi. Ada laluan biasa yang memerlukan kesabaran kerana tol yang diberikan percuma trafik jem, ada laluan lambat tapi selamat yang hanya best digunakan selepas jam 10pagi, ada laluan alternatif yang memerlukan kombo laluan 1 dan laluan 2 tadi, ada laluan ortodoks yang akan mengambil masa separuh daripada nyawa aku di jalanan dan ada laluan-laluan lain yang aku jarang-jarang pakai. Tapi ada satu laluan yang aku kerap pakai. Laluan ini aku suka guna kerana:

1. Nilai tolnya berpatutan.
2. Nilai trafik jemnya berpatutan
3. Nilai kesabaran aku berpatutan
4. Nilai pemandanannya berpatutan
5. Nilai jarak jauhnya berpatutan

Hari ini aku menggunakan laluan ini. Modal untuk menggunakan laluan ini adalah RM2.60, tidak termasuk duit petrol kereta. Sedang aku santai menyelusuri laluan ini sambil memikir-mikirkan ke mana arah tuju aku selepas kerenjatan aliran minat, kreativiti dan tahap semangat yang semakin hari semakin merudum di tempat kerja, aku sudah pasti akan melalui satu jalan tol yang dinamakan jalan tol Sungai Penchala. Jalan tol yang melepasi Curve dan iKEA Mutiara Damansara mempunyai pemandangan yang best. Aku akan meniti puncak khayalan di sini kerana lokasi bangunan-bangunannya yang ampuh. Lebih-lebih lagi selepas melepasi gerbang tol itu.

Di sebelah kanan gerbang tol itu, sekiranya kita hendak menghala ke Sungai Buloh atau Gombak tempat kerja aku yang aku sudah berkira-kira hendak berhenti itu, terdapat satu kawasan lereng bukit. Di kaki-kaki bukit itu akan kelihatanlah rumah-rumah banglo kelas eksklusif yang aku rasa bukan sembarangan orang boleh memilikinya. Fikiran dan khayalan aku makin kencang menerawang. Oh! Alangkah indahnya menjadi orang kaya-raya, rumah tepi bukit, tiada masalah wang, ada BMW X6, ada laman agam sendiri, ada ruang entertainment sendiri dengan set TV dan audio bertaraf dunia, ada PA, ada driver, ada bangunan bertingkat-tingkat dengan nama menara terpampang nama sendiri, ada syarikat yang bersyarikat lain, ada urusniaga bursa saham, ada pengikut setia yang sanggup berkorban dan berjuang bukan hanya kerana wang tapi juga kerana maruah bersama, ada masa yang senggang untuk bekerja dan beriadah, ada kelab bolasepak sendiri, ada produk jenama sendiri.

Fuh! Itu tak abis lagi cerita lagi tu. Kena pula driving sambil dengar lagu Jay-Z. Yang kerap aku looping adalah 'Empire State of Mind'. TERBAIK.

Bila aku tengok ikon-ikon, idola-idola, tok guru, mentor dan sifu aku semua; takde sorang pun yang miskin. Semua kaya. Bukan sahaja kaya ilmu dan kaya pengalaman serta status, malah mereka juga kaya wang dan kaya harta. Ini bermakna tidak dapat tidak, aku harus jadi kaya-raya sekiranya aku mahu mencapai tahap mereka-mereka ini. Paling koman pun, aku harus cipta satu jalan sendiri untuk ke sana. Ke tempat orang-orang kaya kerana bak kata salah satu mentor aku tu, 'Kalau kau kaya nanti, kau boleh tolong orang susah. Macam mana aku tengah tolong kau sekarang ni la. Kau susah, aku tolong. Cuma aku tak boleh tolong semua. Nanti kau tak belajar sendiri macam mana nak jadi kaya'.

Aku percaya aku akan punya empayar sendiri.

Aku tidak akan pernah berhenti memikir, mengkhayal dan memandu pada laluan-laluan yang aku pilih itu.

Ulasan