Chill selagi boleh

Antara gambar terkini aku yang paling chill. Dah la chill, cool pula tu.

Semalam adalah hari aku menyambut harijadi ayahanda dan anakanda Aduka Miqail bersama seluruh famili di rumah. Sudah pasti kalau setiap kali ada sambutan birthday, pasti ada jamuan makan-makan, doa selamat, solat jemaah, potong kek, bukak hadiah, gelak-gelak, borak-borak panjang dan lain-lain lagi. Kuatkanya ukhwah dan ikatan famili aku membuatkan aku rasa bersyukur dan serba-salah kedua-duanya dalam satu masa. Bersyukur sudah tentulah kerana ianya best dan menyenangkan sanubari dan serba-salah adalah kerana aku rasa aku tidak cukup menyumbang dalam keluarga. Dalam hati aku selaku anak dan abang sulung dalam keluarga, aku rasa terlalu banyak kelemahan dalam diri sendiri. Again, cara nak mengatasi dilema tersebut adalah dengan menjadi kaya-raya.

Hari ini aku ke tempat kerja dengan perasaan-perasaan yang sama aku hadapi pada minggu-minggu yang lalu. Hambar, tidak bermaya, kurang vitamin semangat dan entah apa lagi perasaan tak syok yang lain. Nasib baik ada Deq. Aku taktau pulak yang hari ni Deq ada interview kat tempat kerja aku. Macam biasa, kalau Deq datang aku pasti akan ajak dia lepak dan membincangkan beberapa rancangan masa hadapan untuk kaya-raya. Selain itu, sudah tentulah sessi karaok. Ya, kerja aku jadi macam tak ikhlas hari ni sebab tadi masa lunch aku curi pegi karaoke dengan Deq dan terbabas waktu rehat sedikit. Bagi aku, secara peribadinya adalah untuk meredakan tekanan, marah dan stres yang ada akibat larangan Fesbuk, youtube dan blog yang semakin berleluasa di ofis. Nampaknya sekarang, bukan aku sorang aje yang rebel. Nampaknya ramai juga yang rebel tapi jenis yang rebel coverline-coverline. Bagi aku itu normal kerana berYM dan mengumpat dibelakang bos sebab benda yang tak puas hati tapi takut nak cakap terus-terang kerana takut kena buang kerja dan takut sebab takde pengalaman nak konfrantasi adalah perkara biasa yang lama-lama akan belajar sendiri jadi rebel. Rebel for a cause takpe, bak kata James Dean.

Aku takpe. Sebab aku sudah 2 kali mintak berhenti kerja tidak diluluskan. Kawan-kawan yang ngam dengan aku saspek mungkin kompeni belum tau lagi nak bubuh aku kat mana dan sementara itu aku sengaja diplacingkan di tempat yang aku rasa kurang jiwa dengan aku. Ah, tidak mengapalah selagi ada rezeki di sini. Nanti kalau ada rezeki betul-betul nak ke tempat lain, aku just bagi aje notis berhenti kerja kerana betul-betul sudah tidak boleh komited. Aku tidak suka cari pasal yang bukan-bukan apatah lagi bermuka-muka. Aku orangnya jujur bertempat biarpun ada juga yang melabelkan aku sebagai kurang ajar dan mulut tak jaga. Itu mungkin juga betul kerana budaya kita adalah budaya menjaga hati dan perasaan orang biarpun hati dan perasaan sendiri dihenjak-henjak. Emosi manusia sangat fragile. Emosi manusia sangat fickle. Emosi manusia sangat rapuh. Emosi manusia berubah-ubah mengikut arah dan tiupan angin. Berhembus ataupun tidak berhembus.

Aku semakin tidak kisah akan ujian dan dugaan yang semacam ini kerana aku matang menghadapinya.

Aku pernah kecewa teruk.

Aku pernah sengsara gila.

Aku pernah hampir binasa kerana terlalu melayan emosi.

Jadi, dalam keadaan begini aku harus cool. Aku harus damai dan laid back.

Ya,

aku harus chill.

Kerana bagi aku chill adalah kunci kehebatan pada masa esok dan akan datang.

Ulasan

Karonizam Kasim berkata…
apabila membaca post bro kali ini, aku rasa dekat je ngn aku... nasib kita serupa.. kalo ada sorang lagi senasib ngn kita... so cukuplah korum utk menubuhkan group 'Nasib DoReMi'... hahhaha