5 jam hanyalah permainan anak-anak saja buat aku. Aku hanya perlukan KONSISTENSI

Pagi-pagi lagi aku sudah keluar mencari talian WiFi. Kesinambungan aku ke dunia antara dunia. Aku bangkit pagi bukan sebabnya aku tak boleh tidur atau perut aku lapar tak lena tidur. Err. OK. Part perut aku tak lapar tu mungkin aku off sikit. Memang aku lapar. Jadi, aku cari tempat WiFi yang semestinya ada makan walaupun aku tau ada CC atau masjid sekarang yang ada sambungan WiFi, tapi takkanlah aku nak pegi CC kalau dah ada WiFi free kat tempat makan yang dah kira sekali dengan harga makanan yang aku order. Masjid pun kira tak manis la sebab ada juga kerja-kerja aku yang dianggap subhah dengan kepenggunaan WiFI di masjid. Jadi, sesudah Subuh aku telah pilih satu tempat untuk aku ber-chill dengan internet yang sangat ngam dengan jiwa aku. Tempat yang ada aircond, tempat yang ada makanan sarapan yang berkhasiat dan tidak ada harga yang mengarut sangat, tempat yang ada tempat duduk agak-agak selesa untuk aku duduk berjam-jam dan tempat untuk aku tidak kelihatan awkward untuk aku duduk berjam-jam.

Itulah dia aku dan WiFi, bukannya kerana aku tidak mampu memiliki broadband sendiri. Mungkin cuma aku belum cukup mampu untuk beli broadband sendiri dan lebih selesa gelandangan sebegini. Ini lebih cepat naik mood. Ini lebih rugged barangkali selagi aku belum kaya dan ada Unifi di rumah.

Sepanjang hampir 5 jam di tempat makan dan WiFI percuma ini, aku didatangi oleh macam-macam orang. Mula-mula tadi, datang seorang apek yang baru sebulan kerja kat sini. Dah mengadu macam-macam juga. Tapi pandai dia bukak borak. 'Awal datang hari ni? Ada problem ka?' Layan punya layan, aku dapat agak problem dia lebih hardcore dari aku.

Lepas tu, datang pulak satu family Cina ni duduk port sebelah meja aku. Dia gebang anak-anak kecik dia macam-macam. Dari cara kepengunaan handphone yang betul, ke pengisian masa terluang sisa cuti sekolah, ke apa yang budak-budak ni nak dari dia.

Kemudian, ada orang dari rumah kebajikan orang upaya yang biasa aku nampak datang mintak derma. Aku pun bagi alasan yang sama untuk mengelakkan konfrantasi.

Habis tu pulak, ada orang tinggal payung sebelah aku datang ambik payung balik.

Adik aku sms tanya pasal cupcake tak jadi beli nak digantikan dengan kek apa untuk harijadi Babah dengan anak buah aku.

Aku suka suasana awal hujung minggu macam ni. Idea memang banyak menyinggah. Kadang-kadang tak payah susah-susah carik pun. Kita hanya tunggu dan dia datang dalam bentuk pukal. Terpulanglah macamana kita nak huraikan bundle-bundle ilham yang tersebut. Badan aku yang belum bermandi dari tadi ni tidak menghiraukan 'bau-bauan sampingan' yang ada kerana ianya segar dek gumpalan idea dan ilhan itu. Aku bersyukur dikurniakan anugerah menyerap idea dan ilham yang bagus.

Bagi aku, pagi memang kalau bijak dimanfaatkannya.

Cuma sekarang aku kena carik jalan.

Carik jalan yang benar-benar efisyen.

Kenapa aku punya senang nak bangun on weekend, walhal on weekdays hari-hari kerja bukan main liat getah sekerap lagi aku nak bangkit keluar rumah layan trafik jem, masuk ofis nak mula kerja pagi-pagi?

Aku mesti merungkai misteri nusantara expose mistik ini dengan segera.




Hehe. You get it, right?



Ulasan

Nanzo berkata…
Bila kita buat bende yg kita suka bgn awal subuh sampai tak tido satu hari memang takde hal...kerana itulah soul atau jiwa kita....tapi bila kita sedar kita ni hanyalah slave orang dan mula nak rebel,memang malaslah kita nak buat apa pon.....Sekian.
faizalmukhtar berkata…
[nan]

kau terlalu memahami aku sahabat :)