&^%$! Dah masuk hari ke berapa dah ni... Aku pun dah lost count!

Terlantar di rumah buat hari ke-4 berturut-turut diakibatkan sakit 'after/effect' ataupun 'post-stress' syndrome, badan aku masih terasa sengal-sengal dan kepala terasa berdenyut-denyut kepusingan. Ya, untuk seseorang yang jarang sakit badan, demam apatah lagi rebah layu di pembaringan dan pergerakan terbatas akibat kelemahan-kelemahan ini, aku tidak dapat tidak tunggu sahaja ianya pulih sambil memaksa diri memakan ubat dan mengamalkan diet-diet tawar yang semestinya bukan kelaziman aku, apatah lagi kesukaan.

Hari ini Isnin. Dan sepatutnya hari ini aku menjangkakan sudah sihat semula agar dapat kembali semula membuat amal bakti di pejabat. Mata di buka perlahan-lahan. Tangan cuba diangkat dan dikuakkan agar pengaliran darah dapat berjalan sesempurna mungkin. Kaki juga melakukan angkatan aksi yang sama.

. . . .

ARGHHH!! *&%!!! *&^%$!!!

GAGAL LAGI.

GAGAL LAGI UNTUK MAJU KE PERINGKAT SETERUSNYA.

Maka, kembalilah aku ke tilam yang tidak empuk tersebut semenjak mulai sakit 5 hari nan lalu. Tidak sampai beberapa saat, henset aku menggera bunyi. Fie, 'pet-sister' aku call. Aku lebih suka panggil dia Fifi, sebab ianya lebih bernada 'pet-ish'. Hihi.

'Bang, jom breakfast!'

Pelik. Tapi tak cukup pelik untuk budak bernama Fifi. Setahu aku dia baru saja pulih dari operation perut yang agak kritikal dan kronik juga seminggu lalu. Alih-alih, pagi yang belum mencecah terang ni dah ajak aku pergi breakfast.

'Ya, right. Aku tengah K.O ni. Demam'

'AwwHhhh! Keciannya!'

'Shut up. Nanti tunggu aku bangun jap lagi...'

'Tak payah, jangan nak ngada. Kata sakit. Duduk rumah diam-diam. Tunggu OK baru boleh keluar'

'OK'

'Kecian dia sakit. Mana pergi girlfriend-girlfriend abang yang lain?? Kan Abang Long sakit??? Girlfriend-girlfriend abang... blablablablabla... '

Perbualan itu ditamatkan dengan suara Fifi terkekek-kekek kecil di hujung talian dan suara senyap dan termangu aku di hujung talian yang lagi satu.

Ulasan