SETAHUN SUDAH BERLALU: PENGALAMAN PTS DAN SAYA SEBAGAI WARGA SEPANJANG SEMALAM, HARI INI DAN ESOK

Hari ini genaplah setahun saya berada di PTS. Dengan lebih tepat lagi, berada di dalam PTS FORTUNA. Kurang lebih 365 hari. Untuk pengetahuan semua, sejak hari pertama sehinggalah ke hari ini, terlalu banyak cerita dan pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama. Cuma saya menantikan ruang serta peluang yang sesuai untuk meluahkannya. Dan pada hari ini bersamaan dengan 1 haribulan Disember 2010 adalah masa yang sesuai dan tepat buat saya untuk memceritakan dan meluahkan segala.

Masih lagi segar dalam ingatan saya tentang semua kejadian-kejadian yang berlaku sepanjang tahun yang lalu. Sebelum saya diterima bekerja di PTS, saya sudah pun berada di empat buah syarikat yang berbeza latarbelakang namun mempunyai persamaan bidang yang sama. Syarikat pertama yang memulakan karier saya sebagai seorang wartawan/jurnalis adalah sebuah syarikat penerbitan buku nombor satu di Malaysia. Kemudian, setelah lebih dua tahun mencari pengalaman, saya telah mengambil langkah berani untuk lebih fokus dalam kerjaya dan menjadi seorang penulis komik secara profesional di sebuah syarikat penerbitan komik bertaraf antarabangsa. Setelah bertemu dan berkesempatan untuk berkarya dengan beberapa nama-nama berpotensi besar dalam industri komik dan kartun tanahair, saya langsung sahaja menggagahkan diri menceburi bidang penulisan skrip TV dan filem. Enam bulan di sebuah syarikat produksi tempatan dan tiga bulan lagi di sebuah pusat penyiaran TV kabel terbesar tanahair. Sekiranya dilihat pada senaraian premis-premis kerja di atas, saya sudah menggerakkan diri di landasan yang betul dan tepat demi menggapai hasrat saya untuk berada di sebuah lagi premis kerja idaman saya: syarikat penerbitan buku.

Mengimbas kembali kenangan lalu, saya sebenarnya telah pun melalui tiga(!) kali sessi temuduga bersama PTS sebelum betul-betul berkerjaya di sini. Pertama kali, saya dipanggil oleh sahabat lama saya yang kini sudah menjadi popular gara-gara larisnya novel KARIPAP-KARIPAP CINTA tulisan beliau, Nazri Annuar. Saya mengenali Nazri sejak zaman saya bergelar wartawan/jurnalis lagi. Jadi, memandangkan peluang yang diberikan sebegitu tidak datang selalu, saya pun datang untuk temuduga pada tahun 2008. Posisinya adalah sebagai editor perolehan di PTS ONE. Percubaan pertama saya kecundang jua. Mungkin saya terlalu 'jantan' untuk menyandang jawatan itu. Percubaan kedua, saya dipanggil sendiri oleh Pengarah Urusan PTS iaitu Tuan Arief Hakim Sani Rahmat untuk satu sessi perbincangan tertutup untuk sebuah tugasan khas semasa itu. Projek itu masih dalam perbincangan dan saya masih belum ditawarkan kerja tetap oleh PTS.

Namun pada penghujung tahun 2009, saya telah dipanggil semula oleh seorang lagi teman baik saya yang pernah sama-sama berada dalam syarikat penerbit komik antarabangsa dua tahun yang lalu itu untuk sebuah sessi temuduga di PTS PRO. Nama penuh beliau Nor Azri Nor Azmi tapi di kalangan kami dipanggil Jimi sahaja. Jimi memberitahu saya ada peluang baik dan cerah sekiranya saya mencuba. Saya dengan rasa optimis terus ke sessi temuduga tersebut dengan segala harapan saya sandarkan pada takdir. Kalau dapat kerja ini, alhamdulillah. Kalau tidak, insyaAllah.

Di dalam bilik temuduga, saya bersua muka dengan Pengurus Besar Tuan Fauzul Naim, Pengurus PTS PRO Tuan Aizat Razak, PENGURUS PTS FORTUNA(mantan) Tuan Nazri Annuar dan Eksekutif Pentadbiran dan Sumber Manusia PTS Cik Puan Shazarina Azmy. Saya disoal sepertimana kebiasaannya sebuah sessi temuduga. Tentang pengalaman saya, tentang pengetahuan saya dalam bidang penerbitan terutama sekali dunia buku, tentang itu dan tentang ini. Namun soalan terakhir yang sama sekali tidak saya jangkakan daripada Tuan Fauzul menjelang beberapa minit terakhir akhirnya memerangkap saya. Dan ia suatu perangkap yang baik yang sengaja memangsakan saya sebai mangsa! “Jika diberi pilihan untuk bekerja di sini, unit manakah yang menjadi pilihan Tuan? PTS PRO atau PTS FORTUNA?”

Ibarat bulan jatuh ke riba, umpama pucuk dicita ulam mendatang sudah tentu sekali kalian sudah pun tahu apakah jawapan saya, bukan?

Pada tanggal 1 haribulan Disember 2009, saya diminta untuk melaporkan diri hadir ke pejabat sebagai editor pengurusan PTS FORTUNA. Maka bermulalah pengembaraan saya dalam dunia penerbitan buku sekaligus memenuhi hajat saya sejak sekian lama untuk bekerja di sebuah syarikat buku seprolifik PTS ini. Kekhuatiran saya berkaitan dangkalnya pengalaman teknikal saya dalam kerja pengurusan terbitan buku saya harungi jua. Saya suka bekerja sambil mencari pengalaman sedari awal proses lagi. Sedari bawah lagi. Sedikit demi sedikit pasti ilmu akan kita pelajari dan lantas dijadikan pengalaman berguna. Rezeki terbesar saya adalah apabila saya dengan secara mengejut dilantik menjadi Ketua Unit/Pengurus PTS FORTUNA selang beberapa minggu sebelum tempoh penarikan diri Tuan Nazri Annuar. Dan kurang tiga bulan saya berkhidmat dengan PTS juga merupakan tempoh yang benar-benar mencabar wibawa saya sepanjang bekerjaya secara sepenuh masa. Tanggungjawab saya terima dengan hati terbuka dan amanah saya sanjungi dengan jiwa selapang-lapangnya dada.

Insan-insan kreatif, bersemangat waja dan berdedikasi tinggi yang berada di bawah naungan PTS FORTUNA seperti Cik Puan Aznurliza Hanim, Tuan Syafiq Zulakifli, Tuan Zaki Zainol, Tuan Haeqal Husin telah banyak membantu, menolong dan bersama saya dalam usaha memajukan dan memperkembangkan unit ini ke sebuah tahap yang lebih baik. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan-tuan dan Cik Puan semua atas budi dan jasa.

Bekerja di sini juga telah banyak menemukan saya pada pengalaman-pengalaman berguna dan cerita-cerita hidup yang mengujakan. Ramai sabahat-sahabat di sini yang datangnya dari pelbagai latar belakang telah menambah varia sari hari-hari saya bekerja di sini. Tidak ada satu pun hari yang berlalu yang tidak saya kenangi dan abadikan dalam diri. Malah, Pengerusi Syarikat PTS ini sendiri iaitu Puan Ainon Mohd dan Penasihat Dasar Bahasa PTS Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan juga sangat berfikiran terbuka dan senantiasa memenuhi kehendak-kehendak berguna demi memajukan PTS serta manifesto perjuangannya. Ternyata, PTS bukanlah sembarangan tempat dan calang-calang keberadaan. Tidak hairanlah saya terpaksa melalui jalan-jalan berliku, mencabar dan menduga untuk sampai ke sini.

Kepada semua, saya ucapkan terima kasih. Terima kasih. Terima kasih yang amat.

Semoga senantiasa bersama-sama kami sehingga sampai ke puncak pancapersada. Suatu hari dan suatu masa nanti.

Dan begitulah seterusnya.

Teruskan membaca.

petikan dari ptsfortuna.com.my

Ulasan

Ainn Ngainon berkata…
Terima kasih kerana menyelitkan nama saya walaupun saya tak banyak menyumbang. Apapun, sekalung tahniah. Semoga kita sama-sama dapat meluaskan jajahan industri buku dan menggalakkan tabiat membaca. Amin.
faizalmukhtar berkata…
[ainn]

amin
gayour berkata…
gua dengar perkhabaran lu sedang bercinta sekarang. harap benar lagi betul la perkhabaran ni. harharhar!

apasal berita pasal kisah cinta lu tak kisahkan dalam setahun sudah berlalu?

apasal tak ada cerita pasal mamat khalid yang lu puja sangat tu?
kan beliau bersara dari industri filem BolehLand. harap benar apa yang beliau kata dan TIDAK menarik balik apa yang telah dikata. sukanya hati mendapat perkhabaran beliau dah bersara. YEAHOOOO! boleh la kerja kat ESTATE. har fragin har!

tapi beliau bleh kembali sebagai pengarah kalo lu dan roy memeluk kedua belah peha beliau dan merayu agar beliau kembali. itu satu alasan paling kuat as man of steel untuk kembali. beliau boleh kata " dua peminat tegar menyebabkan gua kembali ala superman returns! har fragin har!

tak sabar nak tunggu raya kedua tahun depan, kat rtm2 pukul 10 malam nak tengok wayang estate.
sabar...sabar...


last one
gua suka dato' mohd noor khalid.

fragin har!
faizalmukhtar berkata…
[gayour]

WEEII... WEEIII WEEII... MENDE YANG KO MEREPEK NI HAA?!!!