suka hati pegi utara sana

Sepanjang 2-3 hari lepas, yakni hujung minggu yang baru-baru ni, aku telah menghabiskan masa pergi ke utara Malaysia untuk mencari ilham dan idea-idea baru. Aku pergi bersama konco-konco pilihan minggu ini. Selain itu kami ke kenduri kawin adik angkat aku kat ofis yang kini sudah menjadi isteri orang, langgar tiang Tesco sampai kemek pintu van pakcik aku, melawat pakcik aku yang cawangan Kangaq kat hospital, bbq kat rumah konco, layan bapak konco sampai tido tertiarap, pegi shopping barang-barang bola dekat Wang Kelian dan Padang Besaq dan makan kat restoran ayam Radix.

Aku macam tak percaya yang semua itu boleh berlangsung dalam masa 48 jam. Gila babi juga kederat badan aku ni. Silap-silap boleh layak audition untuk jawatan angkasawan yang seterusnya.

Balik Isnin pagi terus masuk ofis meeting dengan bos-bos lain. Kalau letak aku sebelah zombie pun aku rasa haram susah nak beza mana aku mana zombie.

Ulasan