Demi Mama, aku sanggup lakukan apa saja. Biarpun mati bercerai badan, terlerai nyawa

Jika pada zaman Nabi, seorang wanita Muslim dicabul kehormatan oleh Yahudi. Kemudian seluruh pemuda kaum Muslimin turun dan mengusir Bani Qainuqa keluar dari Madinah.

Pada zaman Abbasiyah, apabila seorang wanita Muslim ditangkap tentera Rome dan diperlakukan hal yang sama. Wanita itu memanggil nama khalifah berkenaan. Khabar itu diterimanya dan 30,000 tentera dibawa hanya semata-mata jeritan wanita Muslim terbabit.

Mudah-mudahan kita dapat lakukan sesuatu agar maruah dan keselamatan wanita Muslim terpelihara baik dari segi harta, jiwa dan kehidupan.

Ya Allah! Jadikan usaha kami memperbaiki amal kami, iman kami dan kehidupan kami sebagai Muslim menjadi deposit yang membina tembok keselamatan diri kami dan ahli keluarga kami dari kejahatan orang lain. Dan dekatkan hati Muslim agar bersatu sebagaimana bersatunya hati Muslim ketika seorang Muslim cuba dicemari dalam segenap hal.

(dipetik dari sebuah komen di Facebook pasca peristiwa ibu diragut keparat jahanam!)

Ulasan

Rina Idayu Othman berkata…
Orang cerdik akan berusaha merubah kerugian menjadi keuntungan. Sedangkan orang yang bodoh akan membuat satu musibah menjadi bertumpuk dan berlipat ganda.

Begitulah ketika ditimpa musibah, kita harus melihat dari sudut yang paling terang darinya, ketika seseorang memberi segelas air limau kita harus menambah sesudu gula ke dalamnya, ketika mendapat hadiah seekor ular dari seseorang ambil sahaja kulitnya yang mahal, ketika disengat kala jengking ketahuilah bahawa sengatan itu sebenarnya membezakan kekebalan pada tubuh dari bahaya bisa ular.
Husna Adnan berkata…
Semoga semuanya baik-baik sahaja...

Takziah diucapkan...
faizalmukhtar berkata…
[yiyin]

nasihat yang amat dihargai, terima kasih : )
faizalmukhtar berkata…
[husna]

Terima kasih, Husna

Saya hargai keprihatinan awak