bangun pagi terus berfikir fasal art

Ini sudah masuk hari-hari last sebelum kita menutupkan tirai Ramadan 2010. Gathering cukup, event-event buka puasa cukup, buffet cukup, karaok cukup, dateline cukup, semua cukup. Cuma sebagai insan yang mudah lalai dan alpa pada arus dunia yang cukup lagha serta membuai, tarawikh aku dan moreh aku tak cukup, apatah lagi qiamulail. Tido pun dah tak berapa asyik. Dulu kalau kat sekolah aku boleh bagi alasan sebab apa tak pegi qiamulail. Sebabnya takde geng nak tido sebelah bilik mayat masjid darul ehsan dan tak seronok bakar mercun sorang-sorang tepi sekolah agama. Sekarang aku dah takde banyak alasan yang kukuh. Aku cuma harap puasa aku cukup hari dan waktunya macam tahun-tahun sebelum ni tanpa ada apa-apa halangan yang kronik lagi dramatik seperti negara dilanggar darurat atau alien menyerang bumi tanpa usul periksa. Aku nak raya dengan aman dan penuh keriangan disamping keluarga dan kawan-kawan tersayang.

Hari ni aku bangun agak terlebih awal dari hari-hari sebelumnya untuk bersahur. Semuanya gara-gara lepas buka terus pengsan sebab semalam adalah hari yang sangat padat dengan acara-acara amal jariah dari pagi sampai ke senja seperti Infaq puasa dekat madrasah (Batang Kali bukan dekat Pahang) yang ofis aku anjurkan dan juga Infaq Polis Trafik yang Ops Sikap edisi ke-21 anjurkan. Cilakak. Tak pasal-pasal kena saman dalam area kampung. Nasib baik abang polis tu cakap ada diskaun dan boleh bayar lepas raya. Tapi kalau diskaun boleh bayar dengan kuih raya lagi bagus dan cemerlang. Jimat kos duit aku nak beli apa-apa barang keperluan nak dekat-dekat raya ni. Komik atau butang baju melayu atau sandal croc cap Mydin umpamanya.

Sedang aku menunggu baju-baju dalam mesin basuh yang ligat berputar nak berenti, adik aku yang keje engineer kapal terbang tadi lepas balik qiamulail kat masjid, awal-awal dah sound aku nak ajak menziarahi iKea. Lagi awal lagi bagus untuk mengelakkan rusuhan. Ada agenda besar. Nak cari almari mahu bikin mini library. Nak beli rak buku katanya sebab bahan bacaan kat rumah dah tentu hala kedudukannya. Ada yang atas meja makan, ada yang atas tangga sebelah telefon rumah, dekat tepi berandaada yang atas TV, atas peti ais dalam tudung saji, ada yang atas katil, katil, tepi katil, dalam katil, dan sebagainya. Pendek kata susah juga sejak kebelakangan ni nak dibezakan mana katil aku dan mana buku sebenarnya sebab buku-buku tu dah ada form katil dan tilam dah aku perhatikan.

Aku dalam masa beberapa second terus setuju. Bagus juga sebab rumah keluarga aku tidak ada dalam senarai lawatan infaq Ramadan ofis yang ada menyediakan sumbangan rak buku enam tingkat dari iKea. Boleh jugak aku usha-usha rak dan meja untuk budak-budak editor aku letak buku dan entah apa lagi barangan kat ofis lepas raya nanti. Tidak la aku dicap lagi sebagai tapak pelupusan, pegawai DBKL atau tong sampah oleh Zura Tohid dan Hidayah Ismail. Aku mahu buktikan bahawa selama ini tanggapan mereka terhadap premis aku berkerja adalah mapan, bermaruah dan comel sama sekali. Aku tidak salahkan mereka kerana mungkin mereka tidak faham art dan abstrak yang cuba aku anjur dalam kawasan tempat kerja.

Art aku adalah taraf Picasso dan Warhol.

Halus dan sungguh mendalam.

Ulasan