Perutusan sempena KEDAI KOMIK SALE 2010


Ianya kembali lagi!

KEDAI KOMIK SALE 2010 kini menjelma semula bersempena dengan kemeriahan musim perayaan yang sudah pun dirasai.

Apa khabar semua peminat-peminat dan pencinta-pencinta komik tanahair? Saya Faizal Mukhtar - tuan tanah, ketua kampung, wazir dan tok batin KEDAI KOMIK ONLINE kepada semua komik-komik yang terdapat dalam koleksi senaraian. Tajuk-tajuk yang ada semuanya best-best belaka. Dari MARVEL ke DC COMICS sehinggalah ke komik-komik indie menarik yang bakal menjadi milik anda, anda dan anda sekiranya berkenan di hati. Buat mereka yang pertama kali melayari KEDAI KOMIK ONLINE, selamat datang diucapkan. Ini tahun ketiga berturut-turut promosi jualan istimewa ini telah diadakan. Bagi yang sudah lama dan setia menjadi pelanggan tetap, saya yakin inilah masanya yang ditunggu saban tahun.

Pasti ramai juga yang bertanya, kenapakah kekerapan update KEDAI KOMIK ONLINE ini amat jarang sekali konsistensinya.


Begini. Teringin sekali berkongsi bersama rahsia di sebalik tindakan tersebut. Saban minggu iaitu setiap hari Rabu (di Amerika Syarikat) dan Sabtu (di Malaysia), saya akan ke lokasi agen dan retailer komik-komik saya untuk mengambil stok komik-komik yang baru. Disebabkan keterhadan masa dan waktu, saya hanya mempunyai masa yang amat, amat sempit serta menghimpit untuk mengemaskini komik-komik baharu yang ada di pasaran. Walau bagaimana pun, untuk setiap order dan pesanan yang saya terima dan dapat daripada pelanggan dan pengikut-pengikut setia KEDAI KOMIK ONLINE, pasti saja saya akan memenuhinya. Bukan saja stok-stok komik baru malah back issue serta judul-judul komik lama yang dianggap sukar dicari. Namun, dari masa ke semasa sekiranya saya mempunyai kelapangan dan kesenggangan, pasti saya akan mengemaskini senaraian komik-komik yang ada. Biarpun sedikit, lama-lama kelak nanti pastinya ia akan bertambah. Lagipun, saya di sini hanya seorang: Sayalah tuan punya komik, sayalah pekerkanya, sayalah despatchnya, sayalah segala-galanya di sini. Its a one man show, bebeh!

Jadi, untuk pesanan serta perutusan saya untuk KEDAI KOMIK SALE 2010 tahun ini, teruskan melayari dan menikmati juadah-juadah koleksi komik-komik baru dan klasik yang terdapat di sini. Menikmati komik dan membaca komik adalah satu perasaan yang amat luarbiasa dan menakjubkan. Percayalah! Kerana itulah perasaan saya setiap kali mendapat satu-satu naskah komik yang baru di tangan!

Akhir kata, tidak ada tempat lain di Malaysia ini untuk memiliki komik dengan kadar menguntungkan dan keadaan yang sungguh magis selain di KEDAI KOMIK ONLINE ini!

Layari KEDAIKOMIK ONLINE hari ini juga untuk tawaran istimewa lagi terhebat di dunia malah cakerawala nan luas terbentang ini !

Ulasan