Membaca jambatan raya

Hari ini cuti hari merdeka. Aku telah mengambil kesempatan cuti ini untuk ke Jualan Gudang MPH di Kelana Jaya yang mula berlangsung semalam sampailah ke 5hb September nanti. Aku kalau bab-bab jualan buku stok gudang-gudang memang me-ghoyan sikit. Yang selalu jadi faveret aku kalau tidak Big Bad Wolf Sale (ini sale gudang paling legend dalam dunia!), mesti Times Book Sale kat PJ seksyen 14. Memang inilah dia event-event top jualan gudang buku yang ada dalam senarai shopping edisi borong-borongan aku saban tahun. Jarang miss.

Di masa inilah juga aku akan menghabiskan masa bergolok-gadai mencari buku-buku yang dah lama aku usha kat kedai buku dengan harga yang agak 'mampu'. Murah pun ye jugak. Back stock buku-buku kat Malaysia ni boleh tahan juga murah harganya. Mungkin sebab orang kita ni kurang sikit membudayakan membaca macam sesetangah bangsa dan negara lain ataupun mungkin juga nilai dan komoditi buku di Malaysia ini dipandang enteng. Hence, buku jadi bahan yang murah dan akan cepat mendadak penurunan harga serta nilainya. Ya lah, aku bercakap berdasarkan fakta dan bukti. Apa taknya, buku baru dah ada diskaun, dah jual harga borong. Untung betul jadi orang Malaysia ni. Aku suka.

Usai ke sana, aku langsung ke rumah. Fikir-fikir balik, raya dah nak dekat ni. Dan dialong skrip filem dan cerita-cerita lama di dalam benak aku bermain-main kembali.

Dem.

Ulasan

MataMata berkata…
ye ke... alaaa... bestnye! Nak laa jgk jualan gudang tu!!!
faizalmukhtar berkata…
[matamata]

...you have to go. best giler OK?!!