maktub

Dah masuk seminggu puasa. So far so good. Aku dah start balik kembali bekerja selepas 4 hari off secara sukarela. Khamis, Jumaat campur Sabtu, Ahad. Fuh! Bukan main lagi cuti. Tapi setiap cuti yang panjang bagi aku mesti ada setback. Setback yang aku maksudkan selalunya akan berputar sekitar tiga perkara: produktiviti, mindframe dan paling penting adalah momentum. So, bila aku kembali sihat seperti sediakala macam hari ni, banyak perkara yang aku perlu dan WAJIB lakukan sebagai menggantikan hari-hari yang berlalu disebabkan ‘sakit’ tempoh hari. Secara otomatis pulak, aku akan jadi hyper-cargas. Tu yang tiba-tiba datang semangat atau gila nak reformat pc lah, nak mengemaslah(mengemas dalam pengistilahan diri aku adalah sesuatu yanga rare), nak balun tengok movie banyak-banyaklah dan macam-macam lagi. Satu lagi benda yang sudah menjadi kelaziman tatakala banyak masa sudah terbazir memanjakan diri.

Hari ini juga sudah mula-mula try cuba buka puasa di luar. Makan dengan konco-konco kat restoran ayam penyet. Ada seperkara yang mungkin ramai tidak tahu tentang aku dan ayam penyet. Disebabkan aku ini datangnya dari keturunan Jawa(kad pengenalan masih MELAYU), melihat menu-menu yang ada di restoran ayam penyet spertinya biasa-biasa saja. Cuma kadangkala aku berasa sungguh hairan dengan kesungguhan orang termasuk konco-konco aku menikmati ayam penyet.

Kalaulah arwah nenek masih hidup, pasti dia sudah kaya-raya sekarang. Sebab aku rasa nasi ayam penyet arwah nenek aku lagi dahsyat dan gerun. Padan muka aku. Dulu nenek masa aku kecik, buat hadap tak hadap aje. Sekarang bila nenek sudah meninggalkan legasi secara batin di restoran-restoran ayam penyet serata Lembah Kelang, baru kau rasa satu macam.

Lepas tu, sambung pulak dengan ayam golek Kerinchi, yang dikatakan legend itu.

Ulasan