kembali lebih bersemangat (dan berdisplin!)

Memulakan kembali sesuatu yang kita suka tapi sudah lama pula ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu (seperti terlalu sibuk menghadapi kerja lain atau kerap lupa yang kita perlu buat kerja tanpa lengah-lengah) akan membuatkan kita lebih bersemangat dan bertenaga daripada kebiasaannya. Jadi, inilah yang terjadi pada aku. Aku kembali menulis semula. Lebih bersemangat. Lebih bertenaga. Lebih serius. Yang menjadikan ianya lebih serius adalah kerana akhirnya aku dapat menulis buku setelah menjadi penulis jurnal/berita majalah dan menulis skrip (dua kerjaya aku yang sebelum ini).

Berkarya dengan buku adalah ultimate aim aku dalam menjadi penulis. Kerana untuk menghasilkan sebuah buku memerlukan skill set, idea dan ilham, displin malah makam yang lebih tinggi. Aku sudah bersedia untuk itu semua memandangkan segala bekalan yang ada sudah mencukupi. Keadaan juga sudah tepat untuk itu. Buku yang aku sedang tulis ini pun kena dengan jiwa dan semangat yang aku tanam serta semaikan selama ini. Melihat kawan-kawan lain yang sudah ada line up dan reputasi sebagai seorang penulis buku membikin keterujaan yang meluap-luap ini. Buku adalah sumber yang agung pada diri aku.

Menulis buku kali ini membolehkan aku menjadi makhluk yang lebih baik.

Ulasan

Rina Idayu Othman berkata…
Selamat Maju Jaya! ;)
faizalmukhtar berkata…
[yin]

...selamat!
azyze berkata…
syabbas inspektor sahhab!
faizalmukhtar berkata…
[azyze]

tq.