10 dialog yang kerap kita dengar masa jalan-jalan kat bazar Ramadan time petang sebelum buka

  1. " Pusing-pusing kot mana pun, benda yang sama juga. Roti John, murtabak, ayam golek. Roti John, murtabak, ayam golek... "
  2. " Boleh tahan jugak makwe-makwe musim ni kan? (sambil mata menjeling-jeling tajam ke arah makwe yang dituju) "
  3. " Alah! Bazar kat Shah Alam lagi best (kalau kat TTDI) "
  4. " Alah! Bazar kat Subang lagi best (kalau kat Shah Alam) "
  5. " Alah! Bazar kat TTDI lagi best (kalau kat Subang) "
  6. " Eh?! Tu ….... (bubuh nama artis tanahair dalam petak kosong) tu kan?? "
  7. " Hari ni bukak puasa pukul brape ek? "
  8. " Mana pulak aku letak kereta/motor/basikal aku tadi ni pulak??! "
  9. " Oi! Lama tak nampak, mana kau hilang?? Dah kawin belum? Anak berapa? Tinggal kat mana? Keje apa sekarang? Raya balik mana? Baju raya kaler apa? "
  10. " Ni kalau aku beratur ni, mau sampai sahur baru dapat merasa ayam golek ni "

Ulasan

curlylocks berkata…
Sangat agree dgn No. 4!
faizalmukhtar berkata…
[curlylocks]

hei u! ;)