Aku berada di kotaraya Jakarta selama 3 hari.


Dari Selasa, 6/7/2010 hingga 8/7/2010, aku akan berada di kotaraya Jakarta selama 3 hari. Ya, aku ke sana kerana tujuan kerja. Kerja profesional dan kerja personal. Jujurnya aku sendiri tidak pernah ke luar negeri, apatah lagi inilah kali pertama juga aku memiliki sebuah buku pasport yang menjadi milikan aku sendiri. Sudah lama aku teringin hendak naik kapal terbang ke luar negeri. Melihat negeri orang, melihat budaya dan tradisi orang, melihat warna-warni dunia orang dan mencari nafas baru dalam pengembaraan hidup. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga peluang itu. Aku tidak tahu hendak expect apa selain dari pengalaman baru. Aku akan ambil gambar dan tulis tentang kembara aku ke ibukota Indonesia itu tidak lama lagi. Tidak sabar-sabar lagi rasanya untuk berkongsikan cerita dan pengalaman itu nanti. Ini juga bermakna aku juga akan menonton perlawanan separuh akhir antara NEDERLAND vs URUGUAY di sana. Pasti satu lagi exposure yang mengujakan! Sekembalinya kelak ke tanahair, terlalu banyak yang aku ingin kongsikan buat kalian semua. Cerita dan pengalaman yang belum pernah diceritakan tentang kembara ke tempat baharu yang lain dari bumi sendiri. So ready or not, Jakarta - HERE I COME!

Ulasan

Rina Idayu Othman berkata…
semoga tahun depan rezeki saya pula menjejakkan kaki ke sana. Amin.
Niezam berkata…
hebat tapi jangan lupa diri dan sahabat.