10 fakta menarik tentang kemenangan klasik NEDERLAND menumbangkan BRAZIL semalam

Ewwaaahh! Abang Sneijder. Bergayanya kedua-dua gol itu.
  1. Hero selalunya dia kecundang dulu. Bagi chance dulu. Lepas tu baru menang. Tambah lagi kalau menang dari belakang. Ingat dah best sangat la tu leading tu. Dah cantik sangat la muka Robinho tu. Keh keh keh.
  2. Budak-budak Milo selalu jaga tepi padang kutip bola. Tapi Brazil dengan sistem bolasepaknya yang terlalu 'advance' telah mengambil mereka main dalam pasukan kebangsaan mereka. Bukan satu, malah dua pemain budak MELO!
  3. Robben gua terang-terang kena pangkah semalam. Budak Melo memang jahat. Tak dapat bola, hamstring diterjahnya. Bekas student Henry Gurney gamaknya. Refree Jepun tu nasib baik tak duduk satu kapal dengan Blatter.
  4. SMS penyokong Brazil yang masuk henset aku masa separuh masa pertama cukup PANAS. Masuk gol penyamaan dah suam-suam tapi masih menggelegak. Masuk gol kedua, senyap. Aku bajet diorang sibuk bancuh Milo.
  5. Pasukan Amerika Latin terutamanya Brazil terkenal dengan sikap ego, emosional dan sentimental bila main bola. Nak menang manjang tak boleh terima kekalahan. Asal kalah, nak ngamuk-ngamuk. Pastu nangis. Tapi malam tadi aku tengok dah ada perubahan sikit. Semua muka pasrah. Cuma sorang budak baju biru nombor 10 tu aje aku tengok mata dia kaca-kaca sikit.
  6. Kaka mana Kaka? Ada nampak Kaka semalam? Mana-mana makwe boleh tolong jawab?
  7. Subkhidin dan duduk rumah dah depan TV layan game sambil minum Milo. Sampai ke sudah tak dapat jadi ref. Jadi pegawai Hublot sahaja. Dia sebenarnya nak jadi ref untuk game ni. Kesian dia.
  8. Gandingan WESLEY SNIPER dan ARJEN ROCKET yang begitu bisa sehinggakan player Brazil buntu mem-provoke mereka. Last-last terprovoke diri sendiri.
  9. Memanjang rekod tanpa kalah kepada 24 perlawanan. Dendam USA '94 dan France '98 kini terlerai sudah!
  10. Outcome game ARGENTINA lawan JERMAN malam ni akan banyak berubah kerana masing-masing cuba mengelak untuk bertemu HOLLAND. HAHAHAW!!

Ulasan

Rina Idayu Othman berkata…
Huahuahua! Memang fakta yang menarik! ;)
faizalmukhtar berkata…
[yiyin]

Terima kasih! ;)