EVENT PTS FORTUNA | Siri World Tour 'KARIPAP-KARIPAP CINTA' 2010 berterusan!

PTS Fortuna akan mengadakan program bersama peminatnya di SACC Mall, Shah Alam 19 Jun bersamaan pada hari Sabtu ini.

Editor-editor PTS juga bakal mempromosikan novel 'KARIPAP-KARIPAP CINTA'(KKC) karya Tuan Nazri M. Annuar yang diulang cetak kali ketiga dalam tempoh sebulan.

Menurut Tuan Syafiq Zulakifli, Editor Perolehan PTS Fortuna, sessi pra-ujibakat juga akan diadakan bagi mencari pelakon filem tersebut yang bakal memulakan penggambarannya tidak berapa lama lagi.

Mungkinkah ANDA adalah pelakon KKC yang kami cari?

Pengunjung yang berjaya dalam ujibakat tersebut akan di bawa ke Cinematic - syarikat produksi pengarah tersohor, Tuan Hafsham.

Hadiah-hadiah menarik juga disediakan bagi pengunjung yang bertuah.

Beramai-ramai memeriahkan pesta buku MPH ini bersama dengan PTS Fortuna di ruang legar SACC Mall, Shah Alam pada 19 Jun Sabtu ini dari jam 12.00 tengah hari hingga 5.00 petang.

Ulasan

azyze berkata…
whou....

bagus bagus. ada jiwa lama tapi nafas baru! lebih sleek, modern, baru... lebih kurang macam suit batman throughout the years (kecuali batsuit katun 1999. huduh tadek cape)
faizalmukhtar berkata…
[azyze]

'nuff said!