Semalam aku cuti bukan sebab sakit atau malas. Aku just cuti sebab cuti.

Semalam aku cuti kerja. Perut aku tidak sedap. Badan aku rasa lemau. Bukan sebab aku sakit atau malas atau buy some time untuk kerja, cuma aku rasa macam tak fit. Tak cukup ampuh nak ke pejabat. Jadi aku ambil tindakan untuk cuti saja dan cuba recover balik segala energy yang ada sepanjang hari. Cari apa saja yang ada untuk kembali cargas 100%. Lately, aku rasa macam padat satu macam. Bukan busy. Sebab aku akan cuba sedaya upaya tenaga aku untuk tidak busy. Kalau aku busy, aku rasa tak ikhlas. Tak best menghadapi dunia. Aku cuma rasa 'padat' dan ya... mungkin sedikit 'sesak'. Aku tidak ke doktor untuk ambil MC dan aku tidak ke farmasi atau kedai ubat untuk beli ubat.

Macam aku cakap tadi, aku tidak sakit. Cuma tidak fit for the day. Zahir dan batin.

Seharian aku telah ke sana dan ke sini untuk bertemu sumber penawar tenaga aku. Aku pergi secara spiritual. Roh aku singgah ke satu tempat. Jasad aku masih melekat di tempat yang lain. Aku cuba bertanya pada diri sendiri, kemanakah nanti akan boleh aku bertemu jawapan tentang apa yang aku lakukan hari ini? Pada siapakah nanti yang aku wajar berkongsi dan memberi habuan dan ganjaran selain ibu, bapa, keluarga dan kawan-kawan rapat aku, isteri dan anak-anak aku? Bilakah masanya perlu aku menambahkan segala isi ilham dan kudrat ini? Mengapakah makin banyak yang aku jumpa, makin banyak pula yang aku mahukan? Soalan makin bertambah, jawapan makin bekurang. Yang berfikiran remeh, akan jawab 'tak tahu'. Tapi aku bukan manusia remeh. Aku tidak suka pada 'tak tahu' dan lebih suka pada 'oh begitu'. Aku juga tidak biasa diamkan diri pada ketidakpastian. Tidak biasa pada ketidaktentuan. Aku suka berjalan dan mencari dan terus mencari jawapan sehingga aku pasti dan sehingga aku tentu hala. Aku bukan pencari sempurna. Malah, aku juga bukan mencari puas. Aku syukur pada yang ada, kerana dengan 'ada' aku di sini.

Jadi, apakah yang aku bikin dan cari untuk mengembalikan fitness itu, cuba kalian teka? Siapa-siapa teka dengan tepat, aku akan bagi satu hadiah istimewa sekali lagi.

As always.
.

Ulasan